Jerung dan Penyu Mati Beku Akibat Cuaca Ekstrem Di Amerika Syarikat

Trending

Jerung dan Penyu Mati Beku Akibat Cuaca Ekstrem Di Amerika Syarikat

Untuk kali keempat dalam musim salji ini, jerung dan penyu ditemui di perairan Cape Cod, Massachusetts, Amerika Syarikat (AS) mati dalam keadaan beku.

Advertisement

Ia menunjukkan situasi terkini yang membimbangkan di AS berikutan fenomena cuaca ekstrem, dengan kitaran musim dingin kali ini membuatkan beberapa kawasan di timur laut negara itu mencecah suhu hingga 40 darjah Celsius di bawah paras beku. Fenomena tersebut bukan sahaja memberi kesan kepada haiwan malah setakat ini dilaporkan angka maut akibat fenomena ini telah mencecah 18 orang.

Newsweek melaporkan, seorang warga tempatan membuat panggilan kecemasan ke Pusat Konservasi Jerung Putih Atlantik apabila dia menemui bangkai jerung di sebuah teluk kecil di Massachusetts.

Pusat tersebut merumuskan bahawa jerung tersebut mati mengejut akibat suhu yang menjunam secara drastik, hingga membuatkan jerung itu hilang upaya navigasi lalu terdampar mati.

Berita kematian jerung keempat itu menyusul selepas tiga ekor jerung dari spesies sama ditemui mati di Cape Cod sebelum ini.

Spesies jerung thresher itu mempunyai ciri rupa bentuk ekor yang panjang yang digunakan untuk melibas dan membunuh ikan.

Pakar haiwan itu berkata, jerung spesies tersebut tidak mempunyai kelebihan dalam menangani perubahan iklim mendadak dan tidak dapat menjana tenaga haba yang cukup dalam suhu sejuk.

“Apabila suhu menjunam dalam tempoh yang panjang, organ penting jerung itu tidak dapat berfungsi dengan baik. Jerung itu akan terkejut dan mati,” kata kenyataan pakar yang disiar Cape Cod Times.

Pihak berkuasa tempatan juga menerima laporan tentang beberapa ekor penyu yang ditemui mati dalam kesejukan musim dingin kali ini.

Terbaru dalam media sosial, tersebar gambar sekumpulan penyu yang diselamatkan di pesisiran pantai sekitar St. Joseph Peninsula, Florida, selepas ditemui dalam keadaan lemah.

“Kedua-dua haiwan itu (jerung dan penyu) akhirnya akan tersadai berdekatan pantai apabila keadaan fizikal dan persekitaran yang terlalu sejuk untuk berenang.

“Begitupun, penyu boleh mengambil nafas di permukaan air dan mempunyai sedikit kelebihan untuk bertahan dan pulih, berbanding jerung yang bernafas hanya menerusi pergerakan di dalam air.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...