Jersi Utama Mesti Warna Pink, Bukan Merah! Datuk Vida Bengang Dengan KAFA Tak Tunai Janji

Trending

Jersi Utama Mesti Warna Pink, Bukan Merah! Datuk Vida Bengang Dengan KAFA Tak Tunai Janji

qu-puteh-630x354

Kisah penajaan Datuk Seri Vida kepada KAFA masih belum reda. Terkini, timbul isu yang lain pula  bahawa KAFA tidak menunaikan janji seperti yang dikatakan sebelum ini jadikan jersi utama kepada warna pink dan cuma berbuat demikian untuk jersi ketiga pasukan negeri Kelantan.

Advertisement

Screen-Shot-2016-01-18-at-2.50.54-PM

“Saya tidak setuju jersi utama kekal menggunakan warna tradisi Kelantan iaitu warna merah dan biru putih seperti yang diumumkan pada Sabtu.

Seperti yang kita bincangkan sebelum ini, saya mahu jersi itu dengan warna berasaskan pink, hanya jersi kedua akan menggunakan warna merah.

Saya tak peduli, Nike ke Adidas ke yang penting mereka kena selesaikan warna jersi ini. Saya kena dapatkan hak saya sebagai penaja utama. Saya harap ia akan diselesaikan minggu depan. Setakat ini masih belum ada kata putus daripada KAFA mengenai perkara ini.”

Pengasas produk jenama Qu Puteh itu yang lebih dikenali sebagai Datuk Vida berkata, beliau telah mengadakan perbincangan dengan pihak pengurusan tertinggi KAFA berhubung perkara itu.

Katanya, dalam perbincangan itu beliau turut membawa bersama peguamnya.

Admin harapkan isu ini dapat diselesaikan dengan kadar segera kerana banyak hal lain perlu pihak penaja lakukan untuk transformasikan pasukan negeri Kelantan ini.

Sumber : FMT

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...