Jersi Skuad Kelantan Direka Khas : Ada Fungsi Kuruskan Badan, Putihkan Kulit

Trending

Jersi Skuad Kelantan Direka Khas : Ada Fungsi Kuruskan Badan, Putihkan Kulit

vidapink.transformed_0

Menarik!. Itu yang dapat admin bayangkan seandainya benar seperti yang diperkatakan oleh Datuk Seri Vida ini.

Advertisement

Empat jersi berjenama DSV(Datuk Seri Vida) yang bakal dilancarkan esok bukan sekadar baju jersi semata-mata tetapi turut mempunyai kelebihan dari segi kesihatan kerana benang pakaian itu direka khas untuk kurus dan berkulit putih.

Menurut penaja utama pasukan Kelantan, Datuk Seri. Dr. Hasmiza Othman, beliau mahu jersi yang akan dipakai oleh pemain dan penyokong Kelantan mempunyai jersi bercirikan kesihatan dan bukan rekaan semata-mata seperti jersi lain.

Menurut Dr. Vida juga, benang khas itu dihasilkan di kilang di tiga buah negara iaitu China, Thailadn dan Vietnam dengna menggunakan teknologi terkini.

Keempat-empat jersi yang bakal dilancarkan bagi edisi pertama ini mempunyai fungsi perangkap peluh dan mampu memutihkan kulit. 

“Apabila saya mahu lakukan sesuatu, saya suka memandang ke hadapan dan biarlah hasilnya memberi manfaat kepada semua. 

“Jersi ini bermula daripada benang yang mana ia turut berfungsi melancarkan perjalanan darah kepada pemakai selain menghasilkan kelembapan daripada peluh pada badan, sekali gus mampu membakar lemak.

Proses mengeringkan peluh itu akan menjadikan kulit putih seolah-olah baharu saja selesai sauna. 

“Saya sudah lama membuat rekaan benang ini bagi menghasilkan produk baharu untuk kurus dan putih. Tapi alang-alang mahu reka jersi, jadi saya terus aplikasikan kelebihan ini kepada rekaan jersi skuad Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW),” katanya sebagaimana lapor BH Online.

Menurut Dr. Vida juga berkata, pihaknya akan mengeluarkan dua versi bagi keempat-empat rekaan iaitu ‘versi eksklusif’ dan ‘versi penyokong’ dengan pengeluaran sebanyak 20,000 helai bagi edisi pertama.

Majlis pelancaran yang diadakan nanti pasti akan memberi kejutan luar biasa kepada orang ramai, seolah-olah jersi ini turun daripada angkasa lepas.

Harga yang ditawarkan mampu milik bagi membolehkan semua orang dapat memilikinya,” katanya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...