Jerry & Lenny 3 Ini Akan Membuatkan Hati Anda Cair

Hiburan

Jerry & Lenny 3 Ini Akan Membuatkan Hati Anda Cair

Amboi, amboi, amboi. Dengar nama omputih je mesti anda terbayang awek dan pakwe yang super duper cantik dan hensem kan? Tak boleh salahkan anda. Abang Nara pun memula dengar nama Jerry dan Lenny ini terbayang gadis Eropah yang mampu mencairkan hati ini. Namun untuk makluman anda, Jerry dan Lenny 3 ini sebenarnya adalah nama untuk telefon pintar

Jerry dan Lenny 3 ini adalah telefon pintar di bawah jenama Wiko yang kini semakin popular di Malaysia. Abang Nara pernah berkongsi kehebatan telefon pintar Wiko Robby satu ketika dahulu. Kalau anda perasan, Jerry, Lenny dan Robby kesemuanya berakhir dengan huruf “Y” menandakan mereka ini berada di bawah satu keluarga yang didatangkan dengan warna ceria, rekaan yang simple dan sempurna serta dijual pada harga yang amat berpatutan.

Advertisement

1. Jerry

 photo 1_4.png

ini ialah Jerry

Ok jom kita bercerita tentang Jerry terlebih dahulu. Dengan harga hanya RM299 termasuk GST, Jerry adalah sebuah telefon pintar 3G “The Trendy One” yang mempunyai skrin 5 inci. Memang puas hati layan video, movie, main Facebook, buka website dan sebagainya. Pilihan warna yang ada untuk Jerry memang amat sesuai untuk mereka yang suka bergaya. Kamera yang disediakan pun boleh tahan iaitu 5MP dengan fungsi “gesture shot” dan juga “smile shot”. Senyum je gambar terus diambil secara automatik. Best kan? Jom kita tengok beberapa lagi gambar Jerry ini:-

 photo 2_3.png

ini adalah Jerry Black Space. Memang cantik

 photo 3_3.png

ini adalah Jerry berwarna bleen. Comel kan

2. Lenny 3

 photo pic4_2.png

ini ialah Lenny 3

Lenny 3 adalah “The Bright & Trendy” di bawah keluarga “Y” telefon pintar Wiko. Sebelum ini Wiko pernah mengeluarkan Lenny 2 dan mendapat sambutan yang super duper hangat. Untuk meneruskan legasi tersebut, Lenny 3 dikeluarkan dengan penambahbaikan yang lebih awesome.

Lenny 3 didatangkan dengan skrin 5 inci HD membolehkan kita melayan segala movie pada kualiti terbaik. Kameranya pula adalah 8MP. Jadi lebih sharp, terang dan cantik gambar yang diambil. Paling best, sistem yang digunakan di dalam Lenny 3 adalah sistem android terbaru iaitu Marshmallow 6.0. Ini bermakna Lenny 3 memang laju, pantas, tuntas, tak ada tersekat-sekat. Sekiranya anda membeli Lenny 3 yang dijual pada harga RM379, confirm anda akan berpuas hati. Cantik pun memang cantik.

 photo pic6_2.png

menggoda kan Lenny 3 ini?

Buat anda yang masih tidak tahu jenama Wiko, ia adalah sebuah telefon pintar keluaran Eropah yang mempunyai citarasa “French Design” di setiap rekaannya. Orang kata kalau rekaan France ini memang semuanya cantik-cantik dan menarik belaka. Jenama Wiko ini memang cukup popular di Eropah dan kini semakin menjadi pilihan ramai rakyat Malaysia kerana kualitinya yang bagus pada harga yang amat berpatutan. Tak percaya? Bukalah Facebook Wiko Mobile Malaysia dan dan layari my-en.wikomobile.com untuk membaca testimonial ribuan pengguna Wiko.


Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...