March 5th, 2013

Berita baik untuk peminat Jericho Rosales yang popular menerusi drama Pangako Sa Yo satu ketika dahulu. Jericho yang berasal dari Filipina bakal berlakon di dalam sebuah drama Astro yang akan dimulakan penggambarannya pada hujung tahun ini.

jericho

Namun buat masa ini, segala maklumat tentang drama tersebut masih dirahsiakan. Kata Jericho kepada portal Murai:-

Ya, saya ada mendapat tawaran daripada pihak Astro untuk menjalani penggambaran drama bersiri. Namun, saya tidak dapat mendedahkan apa-apa setakat ini kerana jika tidak kemungkinan saya boleh dipecat kalau saya beritahu. Tapi saya difahamkan individu yang bakal digandingkan dengan saya di dalam telenovela itu adalah pelakon yang popular

jerichoAdakah Jericho akan digabungkan dengan heroin-heroin hebat seperti Nadiya Nisa, Tizz Zaqyah atau Fasha Sandha? Meletup jugak tue. Tambah pulak kalau hero kedua ada Aaron Aziz atau Adi Putra. Confirm popular drama ini. Apa pun diharap Jericho datang dengan saluran yang betul menggunakan permit. Kang tak pasal-pasal Zed Zaidi cari anda. Hehehe.

P.S: Bendera Malaysia dibakar di kedutaan Malaysia


Comments are closed.

Loading...