Jerebu Kembali “Serang” Ruang Udara Negara, Krisis Jerebu Serantau Mungkin Berulang Kembali

Trending

Jerebu Kembali “Serang” Ruang Udara Negara, Krisis Jerebu Serantau Mungkin Berulang Kembali

Jerebu yang kerap melanda negara dilihat kembali berulang mulai tengah hari ini. Pandangan di beberapa kawasan di sekitar ibu kota dilihat sudah kabur dan berasap.

Advertisement

Semakan di laman web Jabatan Alam Sekitar pula mendapati sehingga jam 10 pagi ini, bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di seluruh negara menunjukkan bacaan sederhana iaitu kurang daripada 100.

Petaling Jaya dan Shah Alam masing-masing mencatatkan bacaan IPU 54 dan 60 manakala bacaan tertinggi ialah di Kemaman, Terengganu iaitu 70. IPU terendah dicatat di Sandakan, Sabah dan ILP Miri, Sarawak iaitu 27.

Bacaan IPU antara 0-50 dikategorikan sebagai baik, 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat); 201-300 (sangat tidak sihat) dan 301-400 sebagai berbahaya.

Sementara itu, Ketua Badan Meterologi, Kilmatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia, memberi amaran bahawa kecenderungan angin bertiup ke arah tenggara mungkin akan menyebabkan krisis jerebu di negara serantaunya.

“Pada masa ini, angin cenderung bertiup ke arah tenggara. Jika asap jerebu berlaku, kemungkinan besar ia akan dibawa oleh angin ke negara-negara jiran kita,” katanya.

Sumber : BH OnlineSarawakiana

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

Comments are closed.