Kini, banyak produk kecantikan kulit yang overclaim dapat menyelesaikan masalah tanpa menunjukkan bukti kukuh sehinggakan ada yang tertipu.
Oleh sebab hilang kepercayaan, mereka yang mengalami masalah kulit, mula berhati-hati dalam memilih produk dan dapatkan rawatan di klinik pakar kulit. Haa, senang pun senang, masalah pun settle!
Tapi, jangan disebabkan beberapa produk yang ‘overclaim’ ini, kita nak menolak semua jenama pula.
Untuk pengetahuan, ada satu produk yang telah menjalani ujian klinikal dan terbukti telah mampu merawat jerawat dalam masa SEHARI sahaja . Biar betul?!
Rangkaian Produk Nanowhite Fresh Terbukti Selamat & Berkesan
Haa, sebut saja jenama Nanowhite Fresh, confirm ramai yang tahu tahap keberkesanannya menangani masalah kulit.
Bukan saja terbukti secara klinikal, malah ramai pengguna mengakui kulit mereka semakin sihat dan bersih selepas menggunakan rangkaian produk Nanowhite Fresh.
Lihatlah sendiri betapa ramainya yang bagi feedback positif. Review beginilah boleh dijadikan sebagai galakkan untuk semua yang mengalami masalah kulit kusam dan berjerawat!
Untuk infomasi anda, rangkaian Nanowhite Fresh dihasilkan dengan campuran 100% Natural Essential Oils daripada Tea Tree oil dan Peppermint Oil yang dapat membantu untuk menghalang bakteria daripada membentuk jerawat serta merawat kulit wajah. Malahan, kandungan Vitamin C dapat meningkatkan seri wajah dan mencerahkan kulit.
Dalam ruangan ini, kami kongsikan antara produk ‘hero’ daripada Nanowhite Fresh, yang telah banyak membantu menyelesaikan masalah kulit wajah pengguna.
Clarifying Whip Cleanser
Antara punca masalah jerawat adalah disebabkan sisa-sisa kotoran yang terdapat pada kulit wajah. Amboi , tak kan nak kena sental kulit dulu, baru kotoran hilang!
Jikalau anda hendak tahu, tidak semua pencuci muka mampu membersihkan kotoran pada kulit secara efektif kerana tekstur yang tak bersesuaian dengan kulit.
Namun, dengan Nanowhite Clarifying Whip Cleanser ini, malahan terbukti dapat menghilangkan kotoran serta membantu kulit wajah tampak lebih bersih dan lembut selepas cucian kerana tekstur buih pembersihnya yang ringan.
Tambahan lagi, pembersih wajah ini dapat memberikan rasa yang menyejukkan dan menjadikan kulit wajah terasa segar dengan setiap cucian.
Pencuci muka ini sesuai untuk semua jenis kulit sama ada kulit normal atau berminyak.
Miracle Mist
Adakah masalah kulit kering menjadikan solekan anda rosak dan kulit kelihatan tidak bermaya? Anda perlu cuba, Miracle Mist daripada Nanowhite Fresh!
Miracle mist ini berbeza daripada produk lain yang berada di pasaran adalah kerana produk ini mempunyai multi-active mist yang secara saintifiknya dapat menyegarkan dan memberi penghidratan yang cukup pada kulit wajah.
Selain itu, miracle mist daripada Nanowhite Fresh dapat merawat jerawat tanpa meninggalkan sebarang kesan parut pada wajah serta mengawal minyak yang berlebihan.
Acne Clearing Gel
Individu yang ada masalah jerawat, anda perlu mencuba Nanowhite Acne Clearing Gel!
Apa yang menarik dengan Acne Clearing Gel ini adalah kerana rawatan antibakteria dengan 3X tindakan Asid Salisilik mampu mengawal jerawat serta sebum pada kulit tanpa meninggalkan sebarang kesan parut . Hebatkan?
Sekiranya ada jerawat, jangan terus picit, hanya sapu Nanowhite Acne Clearing Gel dan ucapkan selamat tinggal pada jerawat anda!
Oil-Control Matte Moisturiser
Untuk individu yang mempunyai masalah kulit berminyak, anda wajib akhiri rutin penjagaan kulit dengan Oil-Control Matte Moisturiser.
Oil-Control Matte Moisturiser daripada Nanowhite Fresh adalah krim gel yang mampu mengawal minyak pada kulit serta dapat menghalang daripada pembentukan jerawat baru, hasil daripada sifat prebiotik yang berfungsi secara dinamik dengan mikrobiom semula jadi. Wow, terbaiklah!
Tampil Lebih Yakin Dengan Nanowhite
Wah, baguskan produk-produk dalam rangkaian Nanowhite Fresh ini! Lepas ni, tidak perlu risau lagi untuk mencari alternatif lain untuk merawat jerawat. Nanowhite Fresh boleh menyelesaikan , masalah anda. Jerawat akan pulih dalam masa sehari sahaja!
Jadi, kalau anda ingin mencuba dan rasai sendiri keberkesanan rangkaian Nanowhite Fresh ini, anda boleh dapatkannya di Watsons, Guardian dan Shopee!
Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi di Nanowhite atau ikuti media sosial di Facebook dan Instagram.