Jepun kini menawarkan ubat “anti-flu” secara percuma kepada 20 buah negara berikutan penularan virus COVID-19 yang sedang menyerang hampir seluruh dunia.
Baca: Saintis China Dedahkan Vaksin Coronavirus Akan Siap Sepenuhnya Bulan April Ini
Ubat yang ditawarkan adalah ubat Avigan, atau juga dikenali sebagai Favipiravir.
Untuk pengetahuan anda, Avigan adalah ubat antivirus yang dibangunkan oleh Toyama Chemical of Japan bagi merawat pesakit influenza di negara itu.
Walau bagaimanapun, hasil penyelidikan pegawai di kementerian sains dan teknologi China mendapati bahawa ubat ini turut berkesan untuk merawat COVID-19 ekoran telah memperoleh hasil yang memberangsangkan dalam ujian klinikal di Wuhan dan Shenzhen yang telah melibatkan 340 pesakit.
Ia mempunyai tahap keselamatan yang tinggi dan jelas berkesan dalam rawatan.
Lebih meyakinkan lagi, bahawa pesakit COVID-19 yang telah diberikan ubat tersebut di Shenzhen bertukar negatif terhadap virus tersebut selepas empat hari. Berbeza dengan pesakit yang tidak dirawat dengan sebarang ubatan, mereka mengambil masa sekurang-kurangnya 11 hari untuk sembuh.
Kami bekerja sama dengan negara yang berminat bagi memperluaskan ujian klinikal ubat Avigan di peringkat antarabangsa.
Menurut sumber, Jepun akan memberikan ubat ini secara percuma kepada 20 buah negara yang ketika ini sedang menjalani ujian klinikal terhadap ubat tersebut.
Antara negara yang terlibat adalah Turki, Bulgaria, Republik Czech, Indonesia, Myanmar dan Arab Saudi dan kini sebanyak 30 buah negara telah menunjukkan minat terhadap ubat yang ditawarkan.
Sebelum ini pada tahun 2016, kerajaan Jepun pernah membekalkan Avigan kepada Guinea sebagai bantuan kecemasan untuk menentang wabak virus Ebola di sana.