Jepun Memilih Syarikat Malaysia Sebagai Pembekal Makanan Halal Untuk Sukan Olimpik Tokyo 2020

Trending

Jepun Memilih Syarikat Malaysia Sebagai Pembekal Makanan Halal Untuk Sukan Olimpik Tokyo 2020

Malaysia adalah satu-satunya negara yang dipilih untuk membekalkan makanan halal di Sukan Olimpik 2020 yang akan berlangsung pada 24 Julai hingga 9 Ogos ini. Syarikat kecil dari Malaysia, MyChef kini giat menyediakan beribu-ribu produk makanan sedia dimakan untuk diterbangkan ke Tokyo.

Makanan halal seperti nasi biryani dan nasi goreng adalah antara menu yang bakal dibawa ke sana. Berpuluh ribu produk disediakan bagi menampung keperluan lebih 50 negara Islam yang bakal bertanding di acara itu nanti. Jepun menjangkakan lebih 40 juta pelancong akan tiba di Tokyo dan Malaysia menjangkakan 8 juta darinya adalah pelancong Muslim.

Advertisement

Kerajaan Malaysia juga akan mengadakan ‘Malaysia Street 2020’ yang akan memberi peluang untuk syarikat Malaysia yang menjual makanan halal kepada syarikat pembekal di Jepun mempromosi produk mereka.

Peluang yang diberikan ini pastinya dapat dijadikan sebagai satu platform untuk Malaysia terus berkembang sebagai pembekal makanan halal bukan saja di Jepun malah di negara lain juga sepanjang penganjuran Sukan Olimpik ini.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini juga, jumlah pelancong Muslim yang memasuki Jepun dilihat mengalami peningkatan yang memberangsangkan. Oleh itu, Jepun kini menyediakan beberapa kemudahan yang ‘muslim friendly’ dengan penyediakan ruang solat di beberapa kawasan dan kedai kosmetik halal untuk tarikan pelancong.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...