Jepp Juara Super Spontan 2013

Hiburan

Jepp Juara Super Spontan 2013

Semalam telah pun berlangsung finale Super Spontan 2013. Abang Nara satu keluarga pakat tengok beramai-ramai. Memang kelakar. Finalistnya ialah Johan, Jepp, Nabil, Tauke, Rahim dan Yus. Kesemuanya memang hebat-hebat dan kreatif ketika membuat lawak secara spontan.

jepp juara super spontan

Advertisement

Secara jujur, lawak Johan memang tampak lebih menarik berbanding peserta-peserta lain pada malam tersebut. Namun begitu, rezeki akhirnya berpihak kepada Jepp yang dinobatkan sebagai juara sekaligus membawa pulang RM100,000 tunai dan sebuah kereta Nissan Silphy 2.0. Jepp turut mendahului undian daripada awal,

jepp juara super spontan

Tempat kedua pula dimenangi oleh Johan yang membawa pulang wang tunai RM50,000. Nabil pula memenangi RM25,00mpat0 selaku pemenang tempat ketiga. Tiga pemenang saguhati, Yus, Rahim dan Tauke masing-masing membawa pulang RM5,000. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan peserta yang telah berjaya menghiburkan hati ribuan para penonton. Good job!!!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...