Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Jep Sepahtu Terlibat Dengan Kemalangan

Pelbagai dugaan yang dihadapai oleh Jep Sepahtu sejak kebelakangan ini, selepas dituduh mengamuk kerana kumpulan Zero menjuarai Maharaja Lawak Mega 2014, kini beliau ditimpa kemalangan pula.

 Semalam, Jep telah memuat naik sekeping foto di akaun Instagram miliknya yang menampakkan kereta beliau calar dan pancit pada bahagian tayar hadapan. Ramai peminat yang beranggapan mungkin ia disebabkan lubang di jalan raya kerana rim tersebut telah bengkok.

Advertisement

Walaubagaimanapun, Jep dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan dan telah dibantu oleh kawan karibnya untuk urusan membetulkan kereta tersebut.

Alhamdullilah, syukur kerana Jep Sepahtu tidak apa-apa. Kita harus berhati-hati ketika memandu apatah lagi jika hujan kerana jalan agak licin dan jarak penglihatan agak kurang. Tidak mengapalah jika kereta kita mengalami kerosakan sedikit.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama