Jep Sepahtu Kongsi Hukum Dosa Besar Jika Sambut Hari Ibu, Ramai Yang Tak Setuju?

Hiburan

Jep Sepahtu Kongsi Hukum Dosa Besar Jika Sambut Hari Ibu, Ramai Yang Tak Setuju?

Pada 14 Mei tempoh hari, seluruh dunia telah menyambut hari ibu dan ramai yang mendedikasikan hari tersebut sebagai satu hari khas untuk menghargai jasa dan pengorbanan insan yang melahirkan kita.

Namun, perkongsian pelawak Jep Sepahtu di Instagram mengenai hukum sebenar menyambut hari istimewa itu menimbulkan pelbagai reaksi daripada netizen di luar sana.

Advertisement

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Jep Sepahtu (@jepsepahtu)

Dalam perkongsian tersebut, Jep dilihat memuat naik video ceramah agama daripada Ustaz Azhar Idrus yang mengatakan hukumnya adalah haram sama sekali buat umat Islam untuk menyambut sambutan hari Ibu.

Menjengah ke ruangan komen, ramai peminat tampil memuji sikap Jep yang didakwa berani ‘menjelaskan’ isu hukum menyambut Hari Ibu dalam kalangan umat Islam.

Dalam pada itu, ada yang berkongsi pendapat Mufti Wilayah Persekutuan iaitu Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang menyifatkan sambutan hari ibu dan hari bapa itu adalah tidak haram sebaliknya perlu menepati beberapa syarat.

Antaranya, menganggap sambutan itu sekadar penghormatan tambahan buat mereka, tidak menjadikan ia sebagai satu bentuk perayaan keagamaan tapi sebagai sambutan secara adat semata-mata.

Ustaz Don Daniyal lagu fix you
2 years ago

Kongsi Punca Kemurungan Dan Depresi, Ustaz Don Daniyal Suruh Dengar Lagu Coldplay 'Fix You'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...