Written by Bella | September 9th, 2015

Meskipun sudah mencapai umur 30 tahun, Jep Sepahtu tidak merasa tertekan apabila melihat beberapa rakan beliau sudah berkahwin dan mempunyai keluarga masing-masing.

Buat masa ini Jep menjelaskan beliau masih belum bersedia untuk berkahwin dan ingin mengutamakan ibu bapa serta kariernya dahulu.

Kawan-kawan sekeliling memang kebanyakkan sudah berkahwin dan mempunyai anak tetapi itu tidak membuatkan saya tertekan untuk segera menamatkan zaman bujang. Buat masa ini saya ingin beri perhatian kepada keluarga terlebih dahulu dan Insya-Allah selepas semuanya stabil baharu saya akan berkahwin.

Umum mengetahui bahawa beliau kini sedang rapat denga seorang pelakon wanita, malah  Jep tidak menafikan beliau kini sudah mempunyai teman wanita namun tidak mahu terlalu terbuka mengenai perkara itu kerana bimbang akan disalah anggap oleh sesetengah pihak.

Walubagaimanapun, beliau merasa syukur kerana teman wanitanya itu memahami dirinya dan tidak memaksa beliau untuk berkahwin.

Saya ada tanggungjawab dan begitu juga dia. Soal jodoh kami pun tidak berani cakap kerana itu semua kerja Tuhan.

Kata orang kalau sudah ditakdirkan bersama dan ada jodoh, pasti akan ada satu saat dimana mereka akan terdetik dalam hati untuk berkahwin. Walaupun kadang-kadang sebenarnya ia tidak dirancang, tup-tup jadi. Tapi elok juga untuk bersedia dari segi mental dan fizikal untuk memikul tanggungjawab selepas berkahwin, itu yang penting sebenarnya.

Sumber Berita : mStar Online

10 responses to Jep Sepahtu Akui Sudah Ada Kekasih: Belum Mahu Kahwin

  1. melati says:

    Tahniah Jep…., kalo nk jaga namer jgn sekali ko berlakon dibawah Mamat Khalid, nanti ko pun terjebak dgn Poyois Mamat Khalid”” dh pilem dia cam Gampang….!!!

    0

    0
    • Lovelyvic says:

      Filem Mamat Khalid… berbajet rendah..
      Tayah pi luar negara bagai, sinematografi pun tak cantik..
      Buat hantu terbang2 pun tak real..
      Tp komedi dia bleh mahsyuk dengan certain org…
      That’s y dia masih bikin cerita walaupun org kutuk filem dia…
      Sbb balik modal… siap leh bayar gaji dia, gaji semua pelakon…
      Cuba dia buat filem tak balik modal.. asyik rugi je…
      Konfem dia tak buat filem lg.

      0

      0
  2. bedah tong gas says:

    yo la jepp oi……..baik up kan bakat dr cite2 camni…ko pun nampak cam da slow je berlakon….

    0

    0
  3. Anonymous says:

    i love you jep….muaahhhhh. ; ]

    0

    0
  4. sentap says:

    kenape dah lame tak nampak jep? super spontan takde, kat warna pon takde. kau berlakon kat tb mane ni jep?

    0

    0
    • miss_ariana says:

      Laaa awk x tgk tv ke? Last 2 weeks jep ade kuar tv astro ria..blakon cite ayah den lopeh dgn ebby yus, sari yanti n elizad… Aiyoooo…

      0

      0
  5. zaza says:

    tangguh la selagi boleh. kalaw awek ko perangai mcm intan ladyana mmg dh lama dia cabut lari dari ko. kohkohkoh.

    0

    0
  6. yaya kemon says:

    sepuluh tahun bercinta pun belum tentu jodoh kita..kwn2 akak zaman bujg bercinta bagai nk rak, bertahun2 kapel, tp xad jodohnyoo…
    ap2 pn akak nk nasihatkan adik jepp klu pilih calon tu yg elok, beragama, pakai tudung, cantik, sabar, pandai masak, hormat orang tua, sopan santun…barulah hidup..aman bahagia ekk..
    bila dh jumpa calon yg sesuai..cepat2 lh msuk meminang..krn takut melopeh…

    0

    0
  7. tutti fruitti says:

    Kepada kekasih jep….
    Tingkatkan prestasi…Usaha lebih gigih untuk mengikat hati jep supaya cepat2 masuk meminang.Orang kalau dah jumpa calon sesuai memang x menangguh dek oii….. biar pun tsunami melanda.semua tu alasan je.

    Faham2 kan …

    0

    0