Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Jep Sepahtu Akui Selesa Dengan Sari Yanti

Sering memuat naik foto mesra bersama di Instagram, ada peminat yang menganggap pelawak Jep Sepahtu dan pelakon Sari Yanti sedang hangat bercinta.

Advertisement

Walaubagaimanapun, Jep buat masa ini tidak pasti untuk menilaikan “persahabatan” antara mereka berdua kerana masing-masing tidak pernah mengisytiharkan apa-apa baik sebagai sahabat sahaja ataupun kekasih.  Namun, Jep akui beliau merasa selesa berkawan dengan Sari Yanti.

Apabila saya berkawan dengannya (Sari Yanti), semua pihak tidak kira di sebelah dia atau saya mendoakan yang baik-baik dalam perhubungan ini. Saya hanya mampu mengaminkan doa masing-masing.

Tetapi apabila ditanya mengenai status perhubungan kami, sukar untuk saya menjawabnya. Apa yang penting, saya selesa berkawan dengannya. Dalam hal ini, saya tidak tahu untuk meletakkan nilai persahabatan kami pada tahap yang mana.

Jep berharap agar kisah persahabantannya  ini tidak diperbesarkan oleh mana-mana pihak memandangkan ia baru sahaja terjalin. Sebenarnya mereka berdua juga jarang berjumpa kerana komitmen kerja.

Advertisement

Bak kata pepatah, kalau sudah jodoh pasti tidak kemana. Siapa tahu daripada persahabatan yang terjalin akan timbul pula bibit percintaan. Kita doakan yang terbaik buat Jep Sepahtu dan Sari Yanti, lagipun ramai yang sokong hubungan mereka berdua ini.

Sumber Berita : BH ONLINE

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top