Jennie Blackpink Tolak Permintaan Peminat Guna iPhone Untuk Berswafoto Dengannya

Trending

Jennie Blackpink Tolak Permintaan Peminat Guna iPhone Untuk Berswafoto Dengannya

Di Malaysia ramai orang lebih mengagungkan jenama telefon pintar Apple berbanding Samsung. Ini kerana ia nampak lebih cantik, bergaya dan si pemakai akan kelihatan sebagai orang berduit apabila menggenakan Apple.

Bahkan pada tahun lepas sensasi di Malaysia, Little Miss Khan atau nama sebenarnya Nur Ameera Khan yang merupakan adik kepada Neelofa ini ada memuat naik satu video yang mengundang amarah ramai gara-gara mengeluarkan ekspresi jelik terhadap telefon pintar jenama Samsung.

Advertisement

Samsung? “Eww”… What are you talking about? iPhone of course.

Tetapi berbeza pula dengan Jennie daripada kumpulan Blackpink baru-baru ini terus menolak permintaan peminat untuk swafoto hanya kerana peminat tersebut menggunakan Apple iPhone.

Difahamkan permintaan peminat ini ditolak kerana Jennie merupakan salah seorang daripada duta Samsung di Korea Selatan.

Dalam erti kata lain, beliau tidak dibenarkan untuk menggunakan telefon pintar yang lain daripada jenama Samsung secara terbuka. Tonton video dibawah untuk melihat kelibat Jennie Blackpink yang menolak permintaan peminat ini.

Untuk pengetahuan anda, perkara seperti ini seringkali dipandang serius oleh jenama telefon pintar kerana secara tidak langsung bakal mencalarkan imej sesebuah jenama.

Sebelum ini, duta Samsung di Rusia telah dipecat dan disaman £1.25 juta (RM6.71 juta) kerana secara tidak sengaja memaparkan telefon pintar miliknya iaitu Apple iPhone X secara terbuka.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...