Baru-baru ini, tular satu video di platform X memaparkan sekumpulan remaja perempuan terhibur dengan kelakuan salah seorang rakan mereka yang bergurau dengan seorang pekerja yang dipercayai bekerja di sebuah pusat membeli-belah.
Guna nama orang lain sebagai gurauan
Biarpun merasakan ia sekadar gurauan, tetapi warganet merasakan individu yang melakukan gurauan tersebut seolah-olah sudah berlebihan susulan bermain dengan nama pekerja berkenaan.
Mak bapak kau memang tak ajar adab ke dik?
Biadab gila duk main-main nama orang gitu. Pangkat-pangkat ayah kau dah tu. pic.twitter.com/yAZsOTCqhR
— Amran Fans (@_AmranFans) March 20, 2025
Ni Kannan, yang ni kiri. Memang nama Kannan ke? Kiri siapa kiri?
Netizen berang, anggap gurauan melampau
Kebanyakan netizen yang melihat video tersebut berasa ‘panas’ kerana menganggap sekumpulan remaja itu seakan-akan tidak sensitif bermain dengan nama orang lain.
Dalam pada masa yang sama, ada juga yang merasakan lelaki yang sedang bekerja itu tidak menyukai cara sekumpulan remaja tersebut bergurau seperti itu.