“Jenis Tak Sedar Diri Miskin” – Kereta Diconteng, Cermin Dikepak Sebab Parkir Tempat Orang ‘Cop’ Di Flat Colombia Keramat

Kehidupan

“Jenis Tak Sedar Diri Miskin” – Kereta Diconteng, Cermin Dikepak Sebab Parkir Tempat Orang ‘Cop’ Di Flat Colombia Keramat

Ada sahaja kisah dan rungutan masyarakat mengenai sikap pentingkan diri segelintir individu yang mementingkan hak sendiri dalam isu tempat letak kereta.

Lebih menyedihkan, ada yang sanggup bertindak melampau apabila tempat parkir yang mereka ‘cop’ digunakan oleh orang lain.

Advertisement

Seperti yang dialami seorang wanita apabila keretanya dipercayai dirosakkan oleh seorang penduduk flat di ibu negara.

parking

Dalam satu hantaran di Thread, wanita itu meluahkan rasa kesal apabila keretanya diconteng dan cermin sisi turut dilipat.

Dalam gambar yang dikongsikan, kelihatan tulisan ‘nak parking’ diconteng pada bahagian pintu belakang kanan kereta berwarna perak miliknya.

Menurutnya, tindakan itu dilakukan hanya kerana dia meletakkan kereta di parkir yang telah ditanda oleh individu terbabit.

Terima kasih kepada makhluk tuhan yang conteng dan mengepak side mirror (cermin sisi) kereta saya atas sebab saya parking dekat kawasan parking yang awak selalu cop.

Kejadian dikatakan berlaku di Flat Columbia, AU2, Taman Keramat, Kuala Lumpur.

Flat colombia

Wanita itu memaklumkan telah membuat laporan polis dan kepada pihak berkuasa tempatan, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) mengenai insiden tersebut.

Dia menjelaskan bahawa dia hanya meletakkan kereta di situ kerana kawasan tersebut kosong dan tiada kenderaan lain.

Saya parking pun sebab kosong dekat tempat tu bukan saya main parking.

Nak tanya kalau orang rasa diri dia terpaling gengster kawasan ni nak buat apa ya? Macam dia yang buat jalan, bukan dia beli pun lot depan tu.

Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa marah terhadap tindakan tidak bertanggungjawab individu tersebut.

parking flat colombia

Tambahan pula, kawasan parkir itu adalah kawasan terbuka dan sesiapa sahaja berhak meletakkan kenderaan di situ.

Ada juga pengguna media sosial yang mencadangkan agar wanita itu mencari pelaku dan bersemuka dengannya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

tya ariffin
2 days ago

"Perkara Ini Berlaku Di Luar Jangkaan" - Asyraf Khalid Ulas Mengenai Isu Isteri Hampir 'Terlucut' Tudung

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...