Susulan Beego bersikap sambil lewa mengenai pemberian nafkah, pelakon, Linda Hashim hilang sabar hingga terpaksa mendedahkan hal tersebut di platform media sosial.
Menurut Linda atau nama sebenar, Norhazlinda Hashim, suaminya itu hanya akan memberi nafkah jika diminta, namun jumlah yang diberi sama sekali tidak mencukupi.
Beri nafkah bila diminta sahaja
Bukan saya tidak bersyukur tetapi duit belanja sekolah anak semuanya saya tanggung sendiri. Perbelanjaan lain macam barang dapur dan sebagainya memang tak ada.
Dalam pada masa yang sama, Linda memberitahu Beego tidak konsisten dalam memberi nafkah dan adakalanya dia tidak memberi wang kepada mereka.
View this post on Instagram
Hal yang membuatkan aktres itu kesal kerana Beego kini sudah bekerja, malah meraih ribuan ringgit tetapi mengapa masih culas menjalankan tanggungjawab terhadap keluarganya.
Tak jalankan tanggungjawab sebagai suami dan bapa dengan baik
Duit nafkah itu pun dia bagi sikit-sikit. Dia akan transfer amaun berbeza dan saya tahu dia buat begitu hanya mahukan bukti pembayaran untuk di bawa ke mahkamah nanti.
Tambahannya lagi, Linda turut persoalkan dirinya tidak menerima sebarang nafkah daripada aktor terbabit sedangkan mereka masih sah bergelar suami isteri dan tidak faham mengapa Beego enggan melepaskannya jika enggan menjalankan tanggungjawab dengan baik.
Sekarang ini belum lagi sah bercerai tetapi dia sendiri membuatkan dirinya seolah-olah sudah bercerai. Dekat mahkamah tak nak pula lepaskan saya.