Jenis Baka Kucing Yang Sesuai Dibela Sebagai Terapi Stress

Trending

Jenis Baka Kucing Yang Sesuai Dibela Sebagai Terapi Stress

Kucing adalah binatang peliharaan yang unik. Walaupaun adakalanya susah untuk diuruskan, namun kucing mempunyai daya tarikan tersendiri yang mengagumkan untuk berkomunikasi dengan manusia. Selain menjadi haiwan peliharaan, kucing juga dilihat sebagai salah satu terapi stress yang berkesan.

Advertisement

Sebagaimana merujuk kepada pakar psikologi, di kalangan mereka yang stress dan tertekan dengan pelbagai masalah,terapi menggunakan kucing adalah paling berkesan dan paling cepat menurunkan kadar stress. Bunyi, liak lintuk, bulu, geselan dan gigitan manja kucing membuatkan otak kita menghasilakan hormon relaks yang sangat banyak.

Jika anda bercadang untuk memelihara kucing sebagai haiwan peliharaan di rumah, ada beberapa baka kucing yang mempunyai personaliti umpama “kawan baik”. Personaliti kucing ini dipengaruhi oleh pelbagai faktor antaranya adalah sifat semulajadi haiwan tersebut.

PARSI : Sebagaimana wajah dan bulunya yang tebal dan buatkan orang geram, kucing Parsi sangat mudah memberikan kasih sayangnya kepada tuannya. Sentuhan dan gigitan manja yang kucing ini berikan adalah bagi membolehkan respons kepada dirinya yang sukakan perhatian.

RUSSIAN BLUE : Kucing Russian Blue adalah kucing yang bijak. Ia dilihat sering menjalankan “penyelidikan” sebelum melakukan sesuatu. Untuk berinteraksi dengan kucing jenis ini, seseorang itu perlu bijak bermain dengannya. Walaupun ada sesetengah pihak mengatakan kucing ini sedikit sombong, namun hakikatnya apabila telah serasi, kucing Russian Blue sangat mudah didekati.

SIAMESE : Kucing Siam terdapat banyak di Malaysia. Diketahui sebagai seekor kucing yang mempunyai perasaan ingin tahu yang kuat, kucing siam selalu menonjolkan keletah comelnya di hadapan orang yang dia suka dan dia kenal. Kucing Siam ini juga kebiasaannya “boleh diajak berbual” terutama jika tuannya keseorangan.

RAGDOLL : Ia mendapat namanya kerana liak lintuk badannya semasa memerlukan perhatian daripada tuan mahupun orang sekelilingnya. Sering disamakan seolah-olah anak patung, kucing jenis ini tahu waktu yang sesuai untuk dia bermesra dengan tuannya. Dilihat tidak selalu mengikut tuannya kemana sahaja, namun dia lebih selesa berada pada ruang yang telah disediakan untuk dirinya.

MAINE COON : Kucing jenis Maine Coon amat mudah mesra dengan semua orang. Ia dapat menyesuaikan dirinya daripada kucing yang suka bermain kepada relaks dalam masa yang pantas. Keadaannya yang fleksible ini juga membuatkan ia sangat sesuai dibawa travel atau berjalan.

SPHYNX : Kajian daripada pakar kucing menyatakan bahawa kucing jenis ini sangat mudah mesra walaupun dengan orang yang tidak dikenalinya. Kucing ini dilihat tidak suka berseorangan untuk jangka masa yang panjang. Disebabkan itu, kucing ini juga dikategorikan sebagai kucing yang “rajin membantu” tuannya melakukan kerja-kerja rumah kerana inginkan perhatian.

SCOTTISH FOLD : Sifat ingin tahu dan suka menyiasat yang kuat dalam diri kucing jenis ini membuatkan ia mudah untuk bermain. Karektornya yang suka melompat, baring dan membuka sesuatu terutama laci dan drawer – dilihat sebagai sesuatu yang comel dan menghiburkan.

KUCING DOMESTIK @ KUCING KAMPUNG : Walaupun kebanyakan jenis kucing yang disenaraikan memerlukan kos yang tinggi, kucing kampung atau kucing domestik yang banyak di sekeliling kita juga mempunyai daya tarikannya tersendiri. Kucing domestik ini biasanya lebih mudah dijaga terutama dari segi pemakanan. Ia tidak memilih dan tidak renyah. Disifatkan sebagai jenis kucing yang aktif dan pandai memburu, kucing domestik juga sering dipelihara untuk menangkap tikus, lipas dan cicak yang banyak di sekitar kawasan rumah.

Hakikatnya, tak kiralah kucing jenis apa yang dibela. Apa yang lebih penting adalah cara kita dalam menghargai kucing sebegini supaya ia dapat hidup dengan baik dan menunjukkan kasih sayangnya pada kita.Apabila memelihara kucing, kesihatannya juga perlu dipastikan terjaga. Jangan biarkan kucing dalam keadaan stress dan tertekan kerana ini akan menggangu emosinya. Kucing yang sihat akan memberikan respons yang positif kepada tuannya disamping dapat memberikan manfaat dalam mengawal stress kita sendiri.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...