“Jenguk Sekejap Je Tu, Macam Dulu Dia..” – Komen Bekas Isteri Datuk Red Jadi Tumpuan

Hiburan

“Jenguk Sekejap Je Tu, Macam Dulu Dia..” – Komen Bekas Isteri Datuk Red Jadi Tumpuan

Sebelum ini, penyanyi Adira memaklumkan bahawa dia bakal menamatkan episod rumah tangganya bersama suami, Datuk Red atau nama sebenarnya, Datuk Seri Adnan Abu.

Ditemui media, Adira berkata dia sudah tidak lagi tinggal serumah dengan Datuk Red namun suaminya masih melawat anak-anak mereka.

Advertisement

Difahamkan, Datuk Red enggan bercerai kerana masih lagi menyayangi Adira dan anak-anak namun sebaliknya buat penyanyi itu.

Namun, satu komen yang ditinggalkan seorang wanita dipercayai bekas isteri kepada Datuk Red telah mencuri perhatian netizen di media sosial.

Tulis wanita itu, Datuk Red hanya menjenguk anak-anaknya sekejap sahaja selepas mereka bercerai.

Jenguk sekejap je tu, macam dulu dia jenguk anak sulung dan anak kedua kami.

Netizen juga ada menyoal status wanita itu dan dia mengaku bahawa dia pernah bernikah dengan Datuk Red dan telah pun bercerai.

Komen

Sekadar info, Adira dan Adnan mendirikan rumah tangga di Songkhla Thailand pada 3 Disember 2015.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, Asan, Anggun dan Ayob.

Datuk Red juga mempunyai isteri pertama dan lima orang anak selain pernah bernikah di usia 20-an namun bercerai tidak lama kemudian.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

adira
5 months ago

"Setakat Ini Perceraian Saja Jalan Yang Saya Nampak" - Adira Suhaimi Ulas Isu Bercerai Dengan Datuk Red

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...