“Jeneral Isr*el Datang Saya Tak Takut, Tapi Kalau Bini Panggil Balik Kena Akur Geng” – Musa Al-Nuwayri

Trending

“Jeneral Isr*el Datang Saya Tak Takut, Tapi Kalau Bini Panggil Balik Kena Akur Geng” – Musa Al-Nuwayri

Aktivis kemanusiaan dan Pengasas Cinta Salam Malaysia, Ahmad Musa Al-Nuwayri Kamaruzaman, mencuri perhatian ramai dengan kapsyen bersahaja sebaik kembali aktif di media sosial selepas dibebaskan daripada tahanan Zionis Israel.

Dalam hantaran terbarunya di aplikasi Threads, Musa yang juga salah seorang sukarelawan Global Sumud Flotilla (GSF) menulis secara ringkas namun penuh makna selepas hampir seminggu menyepi akibat telefonnya dibuang semasa ditahan pada 2 Oktober lalu.

Advertisement

“Kami akan kembali,” tulisnya ringkas, seolah-olah memberi bayangan bahawa para sukarelawan akan meneruskan misi kemanusiaan ke Gaza suatu hari nanti.

Namun, apa yang mencuri perhatian ramai ialah balasan daripada isterinya, Anis Zulaikha Zakariah, yang menulis penuh kasih.

“Apa-apa pun pulang kepada saya dahulu,” tulis Anis, sehingga menerima lebih 2,600 tanda suka daripada pengguna Threads.

Musa kemudiannya membalas dengan nada berseloroh tetapi penuh kasih, menyatakan bahawa dia perlu akur dengan permintaan isterinya untuk pulang dahulu sebelum memulakan apa-apa misi baharu.

musa al nuwayri

Ben Gvir (Menteri Keselamatan Israel) datang dekat, saya jerit ‘kau pengganas’. Askar penjajah datang sel saya, tenung dia ikut celah pintu sampai dia suruh saya ke belakang.

Tapi bini (isteri) panggil, saya kena akur geng. Bukan takut bini, bini tak takut kita.

Tinjauan di ruangan komen mendapati ramai netizen terhibur dengan interaksi suami isteri itu, sambil menitipkan doa agar mereka segera dipertemukan semula dalam keadaan selamat.

Baliklah bro, kalau melibatkan rumah tangga ni susah kami nak selamatkan. Wisma Putra pun boleh angkat tangan,” tulis seorang pengguna secara berseloroh.

Sweet betul dua ni. Semoga cepat jumpa balik dengan keluarga.”

Perkongsian Ahmad Musa itu sekali lagi mencerminkan semangat juang yang tidak pernah luntur meskipun selepas melalui detik getir dalam tahanan rejim Zionis.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Greta thunberg
2025-10-07 08:47:12

Misi GSF: “Kisah Sebenar Ialah Penderitaan Rakyat G, Bukan Kami Yang Ditahan” - Greta Thunberg

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...