Jenazah Frontliner Tidak Dibenarkan Dikebumi Di Indonesia, Ibu Menangis Merayu Kepada Penduduk Kampung

COVID-19

Jenazah Frontliner Tidak Dibenarkan Dikebumi Di Indonesia, Ibu Menangis Merayu Kepada Penduduk Kampung

Keluarga seorang frontliner di Indonesia berhadapan dengan situasi menyedihkan apabila jenazah ahli keluarga mereka tidak diterima untuk dikebumikan oleh penduduk kampung. Jenazah tersebut merupakan salah seorang frontliner yang terkorban semasa bertugas membanteras wabak COVID-19.

Di atas permintaan keluarga, jenazah tersebut akan dikebumikan di Tempat Pemakaman Umum (TPU) Siwarak berdekatan dengan kubur milik arwah ayah mangsa. Segala persiapan telah dilakukan malah kubur untuk jenazah juga sudah siap digali sebelum segalanya dihalang oleh penduduk setempat.

Advertisement

Tolak pemakaman Covid-19

tolak pemakaman

Masyarakat setempat telah berkumpul dan menolak sekeras-kerasnya pengebumian mangsa COVID-19 itu di tempat mereka. Walaupun telah diyakinkan segala prosedur dilakukan mengikut nasihat hospital, mereka tetap dengan keputusan mereka menolak pengebumian tersebut.

Perkara tersebut kemudiannya berlarutan sehingga ke waktu Maghrib dan tidak dapat menemui kata sepakat dengan penduduk di situ. Malah, ibu mangsa yang berada di tempat kejadian turut merayu sambil menangis teresak-esak untuk membenarkan jenazah anaknya dikebumikan berhampiran kubur arwah suaminya.

Jenazah tersebut akhirnya dibawa pergi untuk dikebumikan di tempat pemakaman keluarga Rumah Sakit Kariadi di kompleks TPU Bergota, Semarang. Berita ini turut membangkitkan kemarahan penduduk Indonesia yang lain kerana pihak berkuasa sudah menasihatkan supaya penduduk setempat tidak menghalang proses pengebumian melibatkan mangsa COVID-19.

Jenazah mangsa kemudian selamat dikebumikan di tanah perkuburan yang lain di mana berhampiran di tempat dia bertugas sebagai frontliner dahulu. Apa yang menyedihkan, semasa hayatnya, mangsa bertungkus lumus membantu merawat pesakit COVID-19 namun urusan pengebumiannya ditolak penduduk tempatan.

Untuk makluman, sudah beberapa kali urusan pengebumian melibatkan jenazah COVID-19 dihalang oleh masyarakat tempatan di Indonesia. Hanya kerana panik yang keterlaluan, penduduk tempatan sanggup berkumpul dan menghalang urusan pengebumian tanpa belas kasihan.

Artikel berkaitan: Urusan Pengebumian COVID-19 Di Indonesia Dihalang Oleh Masyarakat Kerana Bimbang Akan Turut Dijangkiti

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...