May 6th, 2014

Jenazah Allahyarham Seniman Datuk Aziz Sattar, 89 tahun telah pun selamat dikebumiaziz sattar meninggal dunia
kan Tanah Perkuburan Islam Bandar Tun Hussien Onn, Cheras Perdana kira-kira jam 2.10 petang hari ini. Sebelum itu, Allahyarham dimandikan dan disembahyangkan di Surau Al-Amin Bandar Tun Hussien Onn pada jam 11 pagi. Untuk makluman, Allahyarham telah meninggal dunia sekitar jam 2 pagi di Pusat Perubatan KPJ Kajang kerana serangan jantung.

Antara rakan artis yang hadir ialah Hans Isaac, Melissa Saila, Fauziah Ahmad Daud, Datuk Rosyam Nor Fizo Omar, Aizat Amdan, Datuk Mustafa Maarof, Datuk Sarimah Ahmad, Datuk Aziz Singah, AR Badul, Norlia Ghani, Datin Rosnani Jamil, Datuk M Nasir, Datuk Hattan dan Datuk Freddie Fernandez.

aziz sattar meninggal dunia

Sementara itu menerusi media sosial, para selebriti tempatan telah mengambil kesempatan untuk melahirkan rasa sedih dan takziah atas pemergian pelakon yang terkenal menerusi filem Bujang Lapok ini. Antaranya Rita Rudaini yang melahirkan rasa terharu kerana sempat berlakon dengan Allahyarham. Tulis Rita di akaun Instagramnya:-

Perginya seorang lagi bintang..AL-FATIHAH utk dato aziz satar…sy bangga kerana dpt peluang belakon dgn beliau walaupon sekali…xsangka masa kecil dulu sy tgk dia di tv sahaja…seorg seniman yg lucu,baik,suka bergurau.xsombong…sama2 kita sedekah kn ALFATIHAH utk pak ajiz…

aziz sattar meninggal dunia

Ramai lagi artis-artis yang telah melahirkan rasa sedih atas pemergian sebutir bintang ini. Apa pun, sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham dan doakan agar beliau ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Al-Fatihah.


Comments are closed.

Loading...