Berita pemergian pelakon dan pengacara, Ashraf Sinclair akibat serangan jantung awal pagi tadi ternyata telah mengejutkan ramai.
Terkini, jenazah Ashraf dilaporkan tiba di ‘rumah duka’ Pejaten Barat, Jakarta Selatan. Untuk pengetahuan semua, ‘rumah duka’ ialah rumah yang menempatkan jenazah sebelum dikebumikan.
Ketika ini, kesemua ahli keluarga sedang mengurus upacara pengebumian jenazah termasuklah keluarga Ashraf yang hadir dari Malaysia. Menurut sumber, arwah mungkin akan dikebumikan di kompleks pemakaman San Diego Hills, Karawang, Jawa Barat.
Bendera kuning turut dinaikkan sebagai tanda terdapat kematian dan dipasangkan di setiap sudut ‘rumah duka’. Pintu pagar rumah tersebut juga tertutup rapat dikawal ketat oleh beberapa pengawal keselamatan.
Beberapa rakan artis iseperti Rossa seperti Rossa dan Intan Ayu turut hadir memberikan penghormatan terakhir dan memberikan semangat buat Bunga Citra Lestari.
Terdahulu Allahyarham yang berusia 41 tahun telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 4.40 pagi tadi selepas mengalami serangan jantung. Dia telah meninggalkan seorang isteri iaitu Bunga Citra Lestari dan juga seorang anak lelaki, Noah.