Jenazah Ashraf Sinclair Mungkin Akan Dikebumikan Di San Diego Hills, Jakarta

Hiburan

Jenazah Ashraf Sinclair Mungkin Akan Dikebumikan Di San Diego Hills, Jakarta

Berita pemergian pelakon dan pengacara, Ashraf Sinclair akibat serangan jantung awal pagi tadi ternyata telah mengejutkan ramai.

ashraf sinclair

Advertisement

Terkini, jenazah Ashraf dilaporkan tiba di ‘rumah duka’ Pejaten Barat, Jakarta Selatan. Untuk pengetahuan semua, ‘rumah duka’ ialah rumah yang menempatkan jenazah sebelum dikebumikan.

Ketika ini, kesemua ahli keluarga sedang mengurus upacara pengebumian jenazah termasuklah keluarga Ashraf yang hadir dari Malaysia. Menurut sumber, arwah mungkin akan dikebumikan di kompleks pemakaman San Diego Hills, Karawang, Jawa Barat.

ashraf sinclair meninggal dunia

ashraf sinclair rumah duka

Bendera kuning turut dinaikkan sebagai tanda terdapat kematian dan dipasangkan di setiap sudut ‘rumah duka’. Pintu pagar rumah tersebut juga tertutup rapat dikawal ketat oleh beberapa pengawal keselamatan.

Beberapa rakan artis iseperti Rossa seperti Rossa dan Intan Ayu turut hadir memberikan penghormatan terakhir dan memberikan semangat buat Bunga Citra Lestari.

ashraf sinclair rumah dukaTerdahulu Allahyarham yang berusia 41 tahun telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 4.40 pagi tadi selepas mengalami serangan jantung. Dia telah meninggalkan seorang isteri iaitu Bunga Citra Lestari dan juga seorang anak lelaki, Noah.

Sumber Berita : mStar Online

Kredit Foto : Kapan Lagi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...