Keluarga kepada Allahyarham Istiqomah menerima dengan baik berkenaan keadaan jenazah guru wanita itu setelah diserahkan Jabatan Perubatan Forensik pada Isnin, memetik Awani.
Menurut Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah, proses penyerahan badan dan kepala tanpa kedua-dua kaki dan tangan itu juga berjalan dengan lancar.
Keadaan jenazah seperti mana yang semua tahu, ada bahagian yang tidak dapat (dijumpai) lagi di mana bahagian badan yang kita temui pada peringkat awal dan peringkat kedua (kepala dan tulang jari) telah diserahkan kepada keluarga hari ini.
Jenazah ini sedang dimandi dan dikafankan dan insya-Allah akan dibawa balik ke Kelantan untuk dikebumi yang mana keluarga menerima keadaan ini selepas dimaklumkan oleh pihak doktor.
Maklumnya lagi, siasatan dan pencarian anggota badan Istiqomah akan diteruskan sekiranya berjumpa petunjuk yang baru.
Suspek juga telah dituduh di Mahkamah Majistret Alor Gajah hari ini dan dibawa ke Penjara Sungai Udang sehingga kes pendakwaan selesai.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.