March 18th, 2016

Jenazah komposer terkenal Allahyarham Datuk Adnan Abu Hassan yang meninggal duniapada jam 6 awal pagi tadi akibat diabetes, serangan angin ahmar, sakit buah pinggang dan beberapa komplikasi lagi telah selamat dikebumikan di  Tanah Perkuburan Islam, Sungai Ramal, Kajang jam 9.50 pagi.

Allahyarham sebelum itu dibawa ke Masjid Al-Falah di sini pada pukul 6 pagi selepas dimandikan dan dikafankan di Hospital Selayang.

Adnan meninggalkan seorang balu iaitu Rozinor Hafiza Mohd Fauzi, 38, dan tiga orang anak Aiman Zamer, 20, Aina Zamira, 17, dan Adrian Zahir, 15, tahun hasil perkahwinan pertamanya dengan Siti Hajar Long.

Perkahwinan kedua Allahyarham  sejak tahun  2009 tidak dikurniakan cahaya mata.

Beberapa artis ternama turut hadir pada pengkebumian bagi memberikan penghormatan terakhir kepada arwah. Antaranya ialah Misha Omar,Datuk Siti Nurhaliza, Nora, Liza Hanim dan Hasnol.

Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah dan semoga roh beliau ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.

Sumber Berita : mStar Online


Comments are closed.

Loading...