“Jenayah Paling Kejam, 6 Pelaku Sanggup Lakukan Kezaliman. Hanya 1 Hukuman Yang Wajar” – Hakim Hadhariah Syed Ismail

Trending

“Jenayah Paling Kejam, 6 Pelaku Sanggup Lakukan Kezaliman. Hanya 1 Hukuman Yang Wajar” – Hakim Hadhariah Syed Ismail

Difahamkan daripada penjelasan Hakim di Mahkamah Rayuan yang mengendali kes pembunuhan penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain, ini merupakan jenayah paling kejam dan belum pernah ditemui setakat ini.

Melalui laporan Berita Harian, Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail memaklumkan bahawa kejadian ini berlaku berpunca daripada tindakan enam individu yang tertuduh.

Advertisement

Katanya, pihak mahkmah bersetuju dengan pendakwaan bahawa cara jenayah bunuh itu dilakukan bukan saja mengejutkan hati nurani masyarakat, malah hati nurani pihak mahkamah.

6 suspek utama kes bunuh zulfarhan dihukum gantung

Sebagai seseorang yang membaca alasan penghakiman bertulis 93 muka surat, beliau berkata ini merupakan perbuatan paling kejam yang ditemui serta sangat merbahaya dan perlu dihentikan.

Mahkamah tidak akan bertoleransi di dalam kejadian sebegini. Ibu bapa mana yang sanggup menanggung derita melihat anak kesayangan mereka diseksa sebegini rupa sehingga membawa kepada kematian simati di dalam keadaan yang sungguh mengerikan.

Susulan itu, pihak hakim sebulat suara menjatuhkan satu hukuman yang wajar iaitu gantung sampai mati buat enam pelaku yang menjadi punca kematian arwah Zulfarhan.

pelaku kematian zulfarhan
5 months ago

(VIDEO) "Now Mampu Senyum?" - Netizen 'Throwback' Reaksi Pelaku Kes Zulfarhan Gembira Terlepas Hukuman Gantung Tahun 2019

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...