Jenama ‘Starbucks’ Tidak Pernah Tersenarai Dalam Senarai Boikot – Aqsa Syarif

Trending

Jenama ‘Starbucks’ Tidak Pernah Tersenarai Dalam Senarai Boikot – Aqsa Syarif

Kebanyakan antara kita pasti amat mengenali dan pernah merasai minuman kopi jenama Starbucks. Sebelum ini, umum mengetahui bahawa rakyat Malaysia lantang menyuarakan pendapat untuk memboikot jenama kopi terkenal ini yang dikatakan bersekongkol dengan negara Israel.

Advertisement

Memetik kenyataan dari laman facebook Aqsa Syarif, pihak Aqsa Syarif tampil menafikan bahawa jenama Starbucks mempunyai kaitan dengan Israel seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Malah menurut mereka, jenama Starbucks tidak pernah disenaraikan di dalam senarai boikotnya kerana tiada bukti yang kuat menunjukkan Starbucks (masih) menyumbang kepada Zionis Israel.

Dalam pada masa yang sama, pihak Aqsa Syarif turut mengumumkan 5 jenama lain yang didakwa mempunyai kaitan dengan Israel dan meminta orang ramai fokus untuk terus memboikot.

Apa-apa pun, banyak pilihan lain sebelum nak membeli sesuatu produk atau barangan. Buatlah pilihan yang tepat dan terbaik dalam pada masa yang sama menyokong perjuangan Islam yang kini sedang berdepan cabaran yang amat sukar.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...