Kebanyakan antara kita pasti amat mengenali dan pernah merasai minuman kopi jenama Starbucks. Sebelum ini, umum mengetahui bahawa rakyat Malaysia lantang menyuarakan pendapat untuk memboikot jenama kopi terkenal ini yang dikatakan bersekongkol dengan negara Israel.
Memetik kenyataan dari laman facebook Aqsa Syarif, pihak Aqsa Syarif tampil menafikan bahawa jenama Starbucks mempunyai kaitan dengan Israel seperti yang didakwa sesetengah pihak.
Malah menurut mereka, jenama Starbucks tidak pernah disenaraikan di dalam senarai boikotnya kerana tiada bukti yang kuat menunjukkan Starbucks (masih) menyumbang kepada Zionis Israel.
Dalam pada masa yang sama, pihak Aqsa Syarif turut mengumumkan 5 jenama lain yang didakwa mempunyai kaitan dengan Israel dan meminta orang ramai fokus untuk terus memboikot.