Written by AbangNara | December 12th, 2019

Setiap wanita impikan kulit wajah yang sihat dan bersinar-sinar dan sanggup menggunakan apa jua jenis produk untuk mencapai impian tersebut. Malah ada yang sanggup habiskan ribuan ringgit setiap bulan untuk mendapatkan kulit wajah yang sempurna. Ha, apa korang rasa kalau Abang Nara kongsikan satu rahsia mendapat kulit wajah yang tulus mulus macam Lisa Surihani dengan harga tak sampai RM100 pun? Confirm teruja kan?

lisa surihani cetaphil

Rahsianya tak lain tak bukan ialah pencuci muka Cetaphil Gentle Skin Cleanser yang sesuai digunakan untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif. Untuk makluman, Cetaphil Gentle Skin Cleanser ini adalah jenama yang dipercayai pakar kulit serata dunia yang diformulasikan untuk membersihkan kulit wajah anda dengan lembut, sekaligus memastikan ia sihat. Ratusan ribu rakyat Malaysia telah menggunakan Cetaphil Cetaphil Gentle Skin Cleanser ini dan rata-rata memberikan komen yang positif.

Cetaphil Gentle Skin Cleanser

Khas buat anda yang baru ingin mencuba (atau nak restock untuk tahun 2020) pencuci muka terbaik di pasaran ini, Cetaphil dan Watsons telah bekerjasama menganjurkan satu peraduan bersempena musim perayaan akhir tahun ini untuk memberi peluang anda mencuba produk Cetaphil.

cetaphil festive gift pack

Ha dah excited kan? Senang je cara nak menyertai peraduan ini. Apa yang anda perlu lakukan ialah membeli salah satu daripada 3 pek musim perayaan Cetaphil di Watsons. Jangan risau harga tak cecah RM100 pun. Memang berbaloi-baloi sangat. Boleh pilih salah satu set di bawah mengikut kesesuaian anda:-

Health Gift Set RM85

Mengandungi 2 botol Cetaphil Gentle Skin Cleanser 500ml yang sesuai untuk diberikan sebagai hadiah kepada rakan-rakan dan ahli keluarga.

Joy Gift Set RM45

Di dalam set ini terkandung 1 botol Cetaphil Gentle Skin Cleanser 125ml dan 1 Cetaphil Moisturizing Cream 50g. Memang sesuai sangat untuk anda yang baru ingin mencuba produk dari Cetaphil.

Happiness Gift Set RM25

cetaphil gift pack

Mengandungi 1 x Cetaphil Gentle Skin Cleanser 59ml dan 1 x Cetaphil Moisturizing Lotion 59ml. Sesuai untuk anda yang ingin pergi bercuti pada musim perayaan ini. Senang dibawa ke mana-mana.

Sekiranya anda bertuah, anda akan membawa pulang salah satu hadiah di bawah:-

Hadiah utama – Samsung Note 10 bernilai RM3699
Hadiah tempat kedua – Samsung Fit Watch
Hadiah Saguhati – 10 hamper Cetaphil bernilai RM250

Fuh!!! Memang berbaloi-baloi sangat beli produk Cetaphil tak sampai RM100 tapi boleh menang hadiah bernilai ribuan ringgit. Kalau tak menang pun tak apa sebab kulit wajah anda untuk tahun 2020 nanti confirm cun melecun punyalah.

Berita menggembirakan untuk member Watsons! Sesiapa yang sudah sudah pun menjadi ahli Watsons layak untuk mendapatkan 5% potongan bagi mana-mana produk Cetaphil. Promosi ini bakal berlangsung daripada 20 Disember 2019 sehingga 1 Januari 2020!

Anda boleh membuat pembelian secara online di SINI atau kalau nak lagi senang, pergi je ke Watsons berhampiran. Maklumat lanjut tentang peraduan ini sila layari Facebook Cetaphil. Selamat tampil jelita di tahun 2020 nanti bersama Cetaphil.



PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

9 responses to Jenama Pembersih Muka No.1 Di Malaysia Kini Ditawarkan Pada Harga Hanya RM25

  1. milah says:

    jom support mydinnnn!!

  2. Anonymous says:

    mmg bersih muka! leher pun putih bersih takde daki!

  3. SEPATUTNYA JENAMA PEMBERSIH MUKA #1 DI MALAYSIA BOLEH DIDAPATI DI SEMUA CAWANGAN MYDIN DAN SEMUA PASAR BESAR TERMASUK GIANT, TAKKANLAH DI WATSONS SAHAJA.

  4. Armadan Hamdan says:

    BETTER MYDIN THAN WATSONS! #BoycottWatsons #SayNoToWatsons #SupportMydin

  5. Elliza Razak says:

    SEPATUTUNYA PRODUK INI DIJUAL DI PASARAN MYDIN DAN MANA-MANA PASARAYA SERTA PASAR BESAR TERMASUK GIANT. TAKKANLAH WATSONS SAHAJA.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini