Jenama Pakaian GAP Akan Menutup Operasi Mereka Di Malaysia

Trending

Jenama Pakaian GAP Akan Menutup Operasi Mereka Di Malaysia

Gap merupakan satu jenama fesyen yang berpengkalan di Amerika Syarikat akan menutup cawangan mereka di Malaysia dalam masa terdekat. Pengumuman itu dibuat melalui laman rasmi facebook mereka Gap Malaysia.

Advertisement

Antara butik yang akan ditutup selewat lewatnya bulan ini adalah di The Gardens, Pavilion dan Queensbay Mall. Sebagai tanda terima kasih kepada pembeli yang menyokong mereka selama ini, Gap mengadakan sale sehingga 80% di dua cawangan mereka iaitu di Pavilion dan One Utama.

Keputusan mengundur diri dari Malaysia dibuat sebagai strategic strategy mereka untuk mengimbangkan jenama mereka di seluruh dunia dengan menutup cawangan yang kurang menghasilkan keuntungan. Buat masa sekarang terdapat 200 butik Gap yang tidak menguntungkan si seluruh dunia termasuk di Malaysia.

Ini juga disebabkan persaingan tinggi dengan jenama yang lebih kompetitif seperti Uniqlo dan H&M dalam pasaran fesyen di Malaysia.

Namun Gap INC dengan jenama yang lebih kompetitif di bawah kendalian mereka akan terus berada di pasaran Malaysia seperti Old Navy dan Athleta. Butik Old Navy ini sudah pun ada di One Utama dan Gap Inc merancang akan menambah lebih 200 butik Old Navy dan Athleta di masa akan datang.

Kepada peminat fesyen Gap, bolehlah ke dua cawangan yang masih dibuka untuk membuat pembelian terakhir barangan jenama ini dengan discount sebanyak 80%.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...