Memiliki perhiasan berjenama mewah adalah idaman semua orang lebih-lebih lagi bagi mereka yang berkemampuan pastinya tak ingin melepaskan peluang untuk jadikannya sebagai salah satu koleksi wajib peribadi.
Bagi mereka yang mengenali jenama THOMAS SABO, sudah tentu sangat arif bahawa ia adalah salah satu jenama global terkemuka yang menjual dan mengedar barang kemas, jam tangan dan produk kecantikan untuk wanita dan lelaki.
Reka bentuk mengikut trend terkini yang berorientasikan klasik dan elegan dan ranggi pastinya memukau sesiapa sahaja yang memandangnya.
Beberapa hari lepas, admin dapat melihat sendiri jenama terkemuka THOMAS SABO ini membuka cawangan terbarunya bertempat di Pavilion, Kuala Lumpur.
Sebelum ini cawangan THOMAS SABO memang dah ada di Malaysia antara kat One Utama, Genting Highland, Sunway Pyramid, Mid Valley, Bangsar Village ll, dan terbaru di Pavilion. Kiranya THOMAS SABO ni dah lama. Makin berkembang!
Untuk pengetahuan anda, barangan THOMAS SABO tidak terhad untuk wanita sahaja, malah untuk lelaki pun ada!
Tertarik juga admin melihat koleksi-koleksi THOMAS SABO yang diperagakan. Rambang mata juga tengok jam tangan mewah keluaran jenama ini. Buat sekarang mampu tengok je. Hehe.
Kalau korang pun tertarik dan ingin membeli barangan dari jenama THOMAS SABO untuk jadikan antara koleksi peribadi, boleh pergi ke cawangannya yang terdekat. Layari laman web Thomas Sabo untuk maklumat lanjut.