“Jenama Mewah Disini Laku Macam Kacang Goreng” – Netizen Indonesia Kagum Rakyat Malaysia Tak ‘Putus-Putus’ Beli Barang Di Apple Store

Kehidupan

“Jenama Mewah Disini Laku Macam Kacang Goreng” – Netizen Indonesia Kagum Rakyat Malaysia Tak ‘Putus-Putus’ Beli Barang Di Apple Store

Melalui platform X, baru-baru ini, seorang warganet Indonesia meluahkan rasa kagum selepas melihat kemajuan negara Malaysia selepas berada dua jam di dalam Apple Store yang terletak di pusat membeli-belah, Tun Razak Exchange (TRX).

Pengunjung tak putus-putus beli barang di Apple Store TRX

Sepanjang dirinya berada disana, dia melihat pengunjung tidak putus-putus membeli barangan Apple seperti iPhone, iPad, Macbook Pro dan banyak lagi.

Advertisement

Negara ini baik-baik sahaja. Kelas menengah negara ini kukuh dari segi ekonomi.

Dalam pada masa yang sama, individu tersebut turut memerhatikan jalan raya yang sesak dan banyak bangunan yang kini sedang rancak dibangunkan di kawasan bandar.

Warganet Indonesia kagum, destinasi yang menarik untuk pelancong

Perkongsiaan yang dibuat turut dipersetujui ramai, di mana rata-rata merasakan Malaysia merupakan destinasi pilihan pelancong susulan menawarkan destinasi percutian, makanan serta penerbangan yang menarik.

Bukan itu saja, malah, warganet Indonesia mengakui barangan Apple di Malaysia jauh lebih murah jika hendak dibeli.

Beli barangan Apple di sini memang pengalaman terbaik – layanan baik, pembayaran mudah, stok pun banyak.

Percayalah, kalau jenama mewah seperti Apple masih laku macam kacang goreng, ekonomi negara itu memang dalam keadaan baik.

2 weeks ago

Aplikasi Apple TV Kini Boleh Dilayar Pengguna Android Di Seluruh Dunia

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : X

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...