Nama Watsons sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi. Watsons adalah pilihan jutaan rakyat Malaysia apabila ingin membeli alat kosmetik, barangan penjagaan diri, produk penjagaan kulit serta produk kesihatan. Dengan ratusan jenama untuk dipilih, semua yang anda inginkan boleh dicari di Watsons dengan mudah, murah dan pantas.
Satu lagi sebab utama Watsons menjadi pilihan ramai ialah kerana kehadiran jenama-jenama popular, berkualiti dan bertaraf antarabangsa yang dijual secara ekslusif HANYA di Watsons. Kalau cari kat tempat lain, memang tak akan jumpa jenama-jenama ini. Secara keseluruhannya kurang 40 jenama ekslusif yang bertapak di bawah Watsons. Cuba tengok kot-kot ada salah satu daripadanya adalah jenama kegemaran anda.
Kosmetik
1. Oh Most Wanted
Sebuah jenama tempatan yang diasaskan oleh selebriti terkenal Nora Danish, Oh Most Wanted (OMW) dibina dengan konsep menggabungkan bidang iaitu kosmetik dan farmasi. Mula bertapak sejak tahun 2015, OMW mengambil masa 2 tahun untuk menjalankan R&D sebelum mula dijual di pasaran pada tahun 2018.
Dapatkan bibir yang plum, juicy dan memikat dengan Oh Most Wanted Pout-fect Lip Cream 09 Ambitious 1’s yang kaya dengan vitamin E, Argan dan Black Seed Oil ini. Cuma RM39 sahaja.
2. Simply Siti
Siapa tak kenal produk Simply Siti nie kan? Diasaskan oleh Datuk Siti Nurhaliza sendiri, produknya terdiri daripada Matte Lip Cream, Compact Powder dan juga blusher.
Serlahkan kecantikan anda dengan rangkaian produk Simply Siti ini. Kalau dah cuba tu, tinggalkan review anda di ruangan komen.
PS : Harganya bermula dari RM42.90 hingga RM72.90. Memang mampu milik.
Penjagaan Kulit
Ingin memberikan penggunanya wajah sempurna yang diidamkan selama ini, jenama dari Korea ini menawarkan pelbagai produk penjagaan kulit yang diperbuat daripada ramuan semulajadi.
Krim Wonder Maqui Honey Green Brilliant akan memastikan wajah anda terselamat daripada sebarang pencemaran udara apabila berada di luar rumah. Cuma RM125.10 sahaja.
Merupakan jenama nombor 1 di Jepun untuk produk pencerahan kulitnya, Melano CC menawarkan pengguna satu rangkaian produk yang berkualiti dan efektif untuk memperbaiki masalah kulit, terutamanya pigmentasi dan bintik hitam.
Mempunyai masalah kulit kusam, warna kulit tidak sekata atau wajah anda sering nampak lesu? Gunakan je Melano CC Pure Vitamin CC ini untuk menghilangkan segala masalah tersebut di samping menganjal dan mengurangkan kesan parut jerawat di muka anda. Cuma RM50.15 sahaja.
3. Collagen by Watsons Two-Way Clay Mask
Serlahkan kejelitaan anda dengan Collagen by Watsons Two-Way Clay Mask ini. Dengan hanya RM39.13 kini anda boleh lengkapkan rutin penjagaan muka dengan produk yang mampu meratakan dan juga membersihkan segala kekotoran di dalam pori-pori muka anda.
Penjagaan Diri
Mempercayai bahawa rambut yang sihat datangnya daripada kulit kepala yang sempurna, jenama dari Korea ini memastikan anda tidak lagi mempunyai sebarang masalah rambut apabila menggunakan produk mereka.
Rambut sering gugur? Tengah sikat rambut tiba-tiba rambut terputus? Hilangkan semua masalah tersebut dengan menggunakan Ryo Hair Loss Care Shampoo + Treatment ini. Ia adalah produk lengkap untuk mengatasi permasalahan rambut anda. Cuma RM32.40 sahaja.
Jenama yang diasaskan oleh Watsons sendiri semakin mendapat tempat di kalangan rakyat Malaysia kerana penggunaan ramuan semulajadi 100% di dalam kesemua produknya. Cuma RM20.32 sahaja.
Produk terbaru Naturals by Watsons ini dicipta khas untuk penggemar kopi yang inginkan bau kopi wangi sentiasa melekat di rambut.
3. Rangkaian Penjagaan Rambut Klorane Hair
Rangkaian penjagaan rambut Klorane ini memang sesuai untuk mereka yang sering mengalami masalah kulit rambut yang sensitif. Secara jujurnya, kami di Beautifulnara sendiri telah menggunakan produk dari Klorane selama beberapa bulan dan ternyata ia cukup membantu melegakan kulit kepala sensitif. Harga syampunya ialah RM50.15 dan Gel Kondisinya RM41.65. Worth it!
Produk Kesihatan
Mempunyai makmal dan telah melepasi audit oleh United States Pharmacopeia and STR (Specialized Technology Resources), Nature’s Bounty meletakkan kualiti yang sangat tinggi dalam menghasilkan produk-produk mereka.
Buat anda yang tidak mempunyai masa untuk menjaga rambut, kulit dan kuku, boleh cuba mengunyah NATURE’S BOUNTY For Hair, Skin & Nails Gummies with Biotin 60’s ini. Cuma RM69.90 sahaja.
2. NH
Mula bertapak sejak tahun 1995, jenama NH sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi di kalangan rakyat Malaysia. Cukup popular dengan produk collagen, detox dan slimming, NH sentiasa berinovasi di dalam mencari formula kecantikan terbaik untuk para penggunannya.
Kecantikan luaran bermula dari dalaman. Untuk itu, NH mengeluarkan Colla-Plus 3 yang membantu mengembalikan semula kulit mati, melempabkan kulit dan menghalang kedutan. Perbezaan boleh dirasakan secepat 3 hari!!!
3. Watsons Evening Primose Oil dan Omega-3 Fish Oil
Kalau anda semua tak tahu, Watsons juga mengeluarkan rangkaian produk kesihatan mereka sendiri. Anda tak perlu was-was dari segi kualitinya kerana mereka memang cukup menitikberatkan bab-bab kualiti nie. Contohnya Watsons Evening Primrose Oil 1000mg dan juga Omega-3 Fish Oil 1000mg yang berharga RM44.70 dan RM34.90 setiap satu.
Ha amcam power kan Watsons kerana berjaya mendapatkan “exclusivity” jenama-jenama ini? Memang mengkagumkan sungguh. Dan hari ini kami ada berita baik untuk anda semua. Bermula dari 3 Jun sehingga 13 Julai ini, anda akan menerima diskaun RM10 (dengan pembelian sebanyak RM60 ke atas) apabila membeli produk dari jenama-jenama ekslusif ini di Watsons. Jadi inilah masa terbaik untuk anda mencuba atau meng”restock” produk kegemaran anda. Pastikan anda masukkan kod “JEBRM10” baru boleh dapat diskaun ekslusif.
Untuk senarai penuh jenama-jenama ekslusif di Watsons, sila layari www.watsons.com.my dan juga Facebook Watsons Malaysia. Selamat membeli-belah!!!