“Jemputan Kami Terhad..” Haqiem Rusli Mohon Maaf Tak Dapat Jemput Ramai Ke Majlis Pernikahan

Hiburan

“Jemputan Kami Terhad..” Haqiem Rusli Mohon Maaf Tak Dapat Jemput Ramai Ke Majlis Pernikahan

Penyanyi popular, Haqiem Rusli akan menamatkan zaman bujang bersama wanita pilihannya pada hari ini, menzahirkan ucapan maaf kepada mana-mana kenalan yang tidak menerima jemputan ke hari pernikahannya.

Menurut Haqiem atau nama sebenarnya Ridzuan Haqiem Rusli, dia terpaksa berbuat demikian dengan mengehadkan jumlah jemputan atas sebab situasi sekarang ini.

Advertisement

Pemohonan maaf tersebut dikongsikan oleh beliau di status Instagram Story, semalam.

Saya minta maaf jika ada rakan-rakan yang tak dapat saya jemput, jemputan kami sangat terhad dan SOP yang ketat.

Dalam pada masa yang sama, penyanyi lagu Mimpi itu turut berkongsikan persiapan akhir majlis pernikahannya yang bertemakan serba putih.

Sebelum ini, penyanyi ini mengejutkan ramai pihak apabila dia mengumumkan bakal bernikah pada 19 November (hari ini) ketika siaran langsung Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke-34 (ABPBH34).

haqiem rusli
3 years ago

Dinobat Penyanyi Lelaki Popular Di ABPBH34, Haqiem Rusli Umum Bakal Bernikah 19 November Ini

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...