Jemput Tetamu Ke Majlis Kahwin Secara Bertulis, Ini Cara & Adab Kad Jemputan Yang Betul.

Trending

Jemput Tetamu Ke Majlis Kahwin Secara Bertulis, Ini Cara & Adab Kad Jemputan Yang Betul.

Ingin saya kongsikan kad jemputan yang patut dipuji dan inilah cara dan adab yang terbaik untuk menjemput secara bertulis.

Advertisement

Kad kad jemputan perkahwinan di bawah ini tidak menggunakan kalimah suci seperti kalimah mulia ALLAH SWT , potongan ayat Al Quran, Hadith dan nama junjungan Mulia Nabi Muhammad SAWW.

Secara logiknya, lambakan kad jemputan yang kita terima akan dibuang.

Oleh yang demikian, adalah menjadi tanggungjawab kita semua agar memastikan agar kalimah mulia ini dijaga sebaik baiknya, harus diteliti setiap kad kad sebelum dibuang ke dalam tong sampah, paling menakutkan jika kad kad terkandung kalimah mulia ini terjatuh dan terpijak sengaja atau tidak sengaja.

Cara pelupusan tulisan mengandungi kalimah Mulia ini ada caranya bukan boleh dibuang sewenang wenangnya
Kita bertanggungjawab di atas setiap perbuatan,percakapan,penulisan kita ke atas setiap kalimah mulia ini.

Pernahkah kita terfikir, kemanakah perginya kad kad ini selepas kita menghantar perutusan Raja Sehari?

Alhamdulillah 5 kad Walimatul urus adik beradik kami sampai kepada tetamu tanpa kalimah Mulia kerana menjadi kegusaran buat Bonda Ayahanda kami jika kad ini dibuang, dikoyak atau dipijak tanpa sengaja atau sengaja.

Nampak kecil isu ini, tapi tidak.

It does not make us Less Muslim or Islam if we send a Walimatul urus invitation without the name of Allah, Ayat Quran and Hadith.

Mengadakan Walimatul urus dan Hadir ke jamuan itu adalah kewajipan buat semua Muslim Muslimat kecuali atas sebab tertentu yang tidak dapat hadir.

Kredit : Munirah Syed Abu Bakar

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...