“Jemput Semua Media Datang Mahkamah, Saya Akan Jawab Semua Soalan” – Zahnita Bersuara, Akui Kini Di Ambang ‘Burnout’

Trending

“Jemput Semua Media Datang Mahkamah, Saya Akan Jawab Semua Soalan” – Zahnita Bersuara, Akui Kini Di Ambang ‘Burnout’

Selepas bekas rakan niaga membuat pelbagai dakwaan tentang dirinya termasuklah isu berkaitan rumah tangganya, bekas model Zahnita tampil bersuara di Instagram.

Menerusi hantaran dikongsinya, Zahnita berkata dia kini terlalu penat dengan apa yang berlaku selepas pelbagai dakwaan, kontroversi dan tohmahan dilemparkan terhadapnya.

Advertisement

Menurut Zahnita atau nama sebenarnya Zahnita Dorothy Hussein Wilson, 40, disebabkan menerima tekanan tanpa henti sejak kebelakangan ini dia terpaksa memperlahankan aktiviti termasuklah menghentikan seketika penjualan pai untuk mencari ketenangan.

Saya berada di ambang terlalu penat (burnout). Emosi, mental dan fizikal saya terlalu penat, biarlah saya berehat seketika.

Zahnita Wilson

Zahnita juga memaklumkan bahawa prosiding di mahkamah tidak lama lagi akan membabitkan tiga tuntutan serentak meliputi hadanah, injunksi interim bagi menghalang gangguan, serta pemulangan barangan peribadi.

Justeru, dia kini memilih untuk mendiamkan diri sehingga selesai urusan di mahkamah dan Zahnita turut menjemput semua media untuk datang ke Mahkamah Syariah pada 18 April nanti.

Kes selalunya selesai sekitar jam 11-12. Saya akan menjawab semua soalan selepas sesi di mahkamah selesai.

posting Zahnita

Dalam pada itu, Zahnita turut berkongsi tangkap layar surat daripada doktor yang mengesahkan bahawa dia benar-benar dikasari dan telah mengalami kecederaan.

Pesakit telah ditumbuk pada bahagian muka dan bahagian atas badan sehingga mengalami bengkak pada bahagian kiri sekitar mata dan lebam pada sekitar kiri telinga. Pesakit juga mengalami kesakitan pada bahagian kiri lengan.

surat hospital Zahnita

Ramai netizen di media sosial dilihat memberikan kata-kata semangat dan tanpa putus sentiasa mendoakan agar semua urusan Zahnita dipermudah.

zahnita wilson respon
1 day ago

"Allah Ada, Biarlah Dia, Doakan Yang Baik-Baik" - Zahnita Wilson Beri Respon Susulan Dakwaan Bekas Rakan Kongsi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...