Penyanyi dan pelakon popular, Nabila Razali tampil memohon kerjasama daripada para tetamu yang akan hadir ke majlis akikah anak lelakinya, Baby M, agar menjaga adab dan mematuhi beberapa pantang larang yang ditetapkan demi kesihatan serta keselamatan si kecil.
Menurut laporan Xtra, majlis yang bakal berlangsung di Kelantan itu bukan sekadar acara biasa, malah momen yang cukup bermakna buat Nabila kerana buat pertama kali, dia akan memperkenalkan wajah anaknya kepada umum.
Ini pertama kali saya akan tunjuk Baby M kepada orang ramai. Sebenarnya, saya dah lama rancang nak buat majlis akikah cuma nanti sudahnya orang lain yang akan kongsi gambar dia.
Jadi, saya rasa sebaiknya saya yang kongsi sendiri kepada siapa yang menantikan nak tengok gambar dan nak tahu nama penuh dia. Harapnya nanti semua gembira tapi apa pun jagalah kata-kata.
Dalam pada itu, Nabila turut mengingatkan para tetamu untuk menjaga tingkah laku dan tidak menyentuh atau mencium anaknya ketika berada di majlis tersebut.
Kalau datang majlis, tolong jangan cium anak saya. Ikut SOP. saya harap semua yang hadir faham dan hormati permintaan saya. Ini soal kesihatan dan saya taknak ambil risiko, lebih-lebih lagi kes COVID-19 pun makin meningkat semula.
Meskipun berasa teruja untuk meraikan majlis tersebut, penyanyi itu mengakui timbul rasa gusar memandangkan ia melibatkan kehadiran orang ramai.
Kerisauan itu memang ada, jadi saya cuma mampu berdoa agar semua berjalan dengan lancar dan dijauhkan dari perkara yang tidak diingini.
Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.