Jemaah Di Kuala Lumpur Dibenarkan Solat Jumaat Di Masjid Tetapi Bersyarat

COVID-19

Jemaah Di Kuala Lumpur Dibenarkan Solat Jumaat Di Masjid Tetapi Bersyarat

Pembukaan masjid dan surau bagi solat Jumaat dan fardhu di sekitar Kuala Lumpur dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) adalah bersyarat.

Perkara itu didedahkan sendiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) iaitu Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menerusi sebuah kenyataan yang dimuat naik melalui laman Facebook.

Advertisement

Perkara itu berjaya diputuskan selepas berbincang bersama Mufti Wilayah Persekutuan dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) sebelum dipersembahkan dan diperkenankan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. 

Untuk rekod, bilangan jemaah yang hadir adalah terhad mengikut keluasan tempat ibadah.

Namun begitu, pihaknya memaklumkan prosedur dalam tempoh PKPB ini akan diteliti semula bagi membolehkan ramai lagi jemaah hadir ke masjid atau surau untuk menunaikan solat.

Sehubungan itu, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah telah memperkenankan solat Jumaat tidak melebihi 50 jemaah dalam masjid atau surau, dan wajar menjarakkan posisi diri sekurang-kurangnya 1 meter.

Malah, solat fardhu juga dibenarkan, akan tetapi jemaah haruslah tidak melebihi 20 orang. Selain itu, kehadiran jemaah akan ditentukan oleh Jawatankuasa Kariah Masjid atau Surau masing-masing melalui jemputan. Ia bertujuan memutuskan rantaian Covid-19 yang kian menular di seluruh dunia.

Sumber: Facebook Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...