Jelmakan Arwah Suami Dalam Teknologi ‘AI’, PU Syed Tegur Datuk Nora Ariffin – “Boleh Datang Aib, Tidak Dibenarkan Syarak”

Hiburan

Jelmakan Arwah Suami Dalam Teknologi ‘AI’, PU Syed Tegur Datuk Nora Ariffin – “Boleh Datang Aib, Tidak Dibenarkan Syarak”

Tindakan penyanyi Datuk Nora Ariffin yang menjelmakan semula wajah arwah suaminya menerusi teknologi kecerdasan buatan (AI) di konsert ‘Hanya Satu Datuk Nora Ariffin 30 Years Journey’ semalam mengundang pelbagai kritikan warga maya.

Malah, ia turut mendapat perhatian pendakwah selebriti, PU Syed yang tampil memberikan teguran secara terbuka buat penyanyi itu.

Advertisement

Maklum PU Syed, tindakan ‘menjelmakan semula’ tanpa tujuan yang baik  adalah salah di sisi syarak agama Islam.

Dia buat duet bersama dengan arwah suaminya ketika konsert. Perbuatan menggerakkan gambar tanpa tujuan yang baik maka tidak dibenarkan.

Kepada Puan Nora harap tidak melakukan perkara seperti itu sebab tidak dibenarkan oleh syarak. Menghidupkan gambar dengan tujuan berduet untuk menyanyi dan boleh mendatangkan keaiban kepada beliau dan arwah.

Kemudian Puan Nora merupakan isteri kepada orang lain. Kena jaga hati suami supaya  tidak menyakiti hatinya.

PU Syed juga meminta penyanyi itu untuk merujuk portal rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan bagi mendapatkan info dan panduan yang lebih terperinci.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

yusof haslam gembira syamsul kembali ke pangkuan keluarga
18 hours ago

Sifatkan Tahun 2024 Sebagai Tahun Paling Indah, Yusof Haslam Gembira Syamsul Kembali Ke Pangkuan Keluarga

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...