Sememangnya kemenangan pasukan Malaysia kategori lelaki untuk Badminton Berpasukan Asia 2022 semalam berserta kategori perempuan mendapat tempat ketiga mengembirakan negara.
Melalui pelbagai konflik dalaman sebelum ini, atlet-atlet muda negara telah membuat permainan menjadi sengit dan berjaya menumpaskan juara bertahan iaitu Indonesia.
Pertandingan yang berlangsung di Malaysia membuatkan para penyokong mengambil kesempatan datang untuk memberikan sokong kepada para atlet sebelum mereka memulakan perlawanan di dalam gelanggang.
Malaysia men’s team dah sampai~ Good luck guys ?????? #BATC2022 pic.twitter.com/597xH3CTjQ
— hweng19 (@hweng19) February 20, 2022
Bagaimanapun, melalui satu video yang dirakam oleh seorang penyokong di luar Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam, jelas didengari ada seorang individu menghina salah seorang atlet Malaysia iaitu Aaron Chia.
Dengan menggunakan loghat Indonesia, dia menjerit perkataan ‘jelek’ dan ‘gendut’ membuatkan warganet berasa geram kerana ia merupakan body shaming.
Wanita itu dengan sengaja mengulangi perkataan yang sama banyak kali sehingga Aaron memasuki Pusat Konvensyen Setia City itu.
Tindakan wanita ini telah mendatangkan kecaman yang hebat dari netizen dan mereka juga merasakan wanita ini tidak mempunyai semangat kesukanan di dalam diri.
Bukan saja warga Malaysia mengecam wanita biadap ini, malah penyokong badminton Indonesia sendiri berasa tidak senang dengan kelakuannya.