Baru-baru ini kita telah didedahkan dengan jumlah gaji yang diterima oleh Mesut Ozil iaitu sebanyak 350,000 paun seminggu (RM1.9 juta). Berita mengenai dia enggan bersetuju dengan pemotongan gaji 12.5 peratus secara ‘sukarela’ yang dibuat oleh pihak Arsenal berikutan krisis COVID-19 turut tersebar.
Baca: Pendapatan Sehingga RM1.9 Juta Seminggu, Ozil Tak Sedia Gaji Dipotong
Bagaimanapun, bekas penyerang Tottenham, Darrent Bent menyatakan terdapat bintang Arsenal (tidak disebutkan namanya) yang bertindak melebihi batas ‘membocorkan’ maklumat mengenai Mesut Ozil, yang turut digelarnya sebagai ‘ular’.
Disebabkan berita sebelum ini, pemain tengah Arsenal itu telah mendapat kritikan hebat dari orang ramai kerana menolak pemotongan gaji tersebut yang dikatakan bertujuan untuk meringankan tekanan kepada The Gunners memandangkan liga perdana Inggeris terpaksa dibatalkan.
Namun, Bent tampil bersuara dengan menegaskan mereka yang telah menyebarkan maklumat mengenai pemain tengah Jerman itu harus disalahkan dan Ozil harus berusaha sebaik mungkin untuk mengetahui siapa ‘dia’.
Jelas sekali ada ‘ular’ dalam bilik persalinan, dan sememangnya ia sesuatu yang tidak baik.
Untuk pengetahuan anda, Mesut Ozil adalah antara salah seorang daripada sekurang-kurangnya tiga pemain yang menolak usaha kelab tersebut untuk mengenakan pemotongan gaji selama 12 bulan.
Perkara yang dialami oleh Ozil adalah sesuatu yang ‘menjijikkan’.
Bent turut berpendapat bahawa kehidupan skuad bola sepak sepatutnya seperti sebuah keluarga, kerana setiap pemain akan lakukan semua perkara bersama-sama termasuk berkongsi bilik persalinan.
Saya fikir Ozil telah mendapat penderaan yang teruk. Dia tidak tampil untuk membela dirinya. Dia hanya mahukan masa untuk berbuat demikian dan mengetahui ke mana duit yang dipotong itu pergi.
Sementara itu, Arsenal dikatakan masih tetap bertindak secara optimis untuk memujuk sekurang-kurangnya dua daripada tiga pemain tersebut supaya menerima tawaran itu.