Sebut saja Thailand, semestinya terbayang seleksi makanannya yang pelbagai dan sedap-sedap. Sebab itulah negara berkenaan dicop sebagai syurga makanan. Pelancong ke sana untuk merasa sendiri citarasa dan selera makanan Thailand yang tiada pengganti di tempat lain.
Memandangkan keadaan semasa yang mengehadkan kita semua dari melawat ke sana, ada cara baru untuk tetap merasai kemeriahan makanan Thai. Mesti ramai nak tahu kan?
Kerajaan Thailand akan mengadakan THAIFEX – ANUGA ASIA bagi meningkatkan jangkauan dengan mendorong Malaysia untuk turut serta dalam Pameran Perdagangan Maya (VTS) yang sedang berlangsung sebagai segmen dalam pameran perdagangan Hibrid+ makanan dan minuman (F&B).
Acara ini berfungsi sebagai pentas dan platform yang ideal bagi para peserta untuk mempamerkan kepakaran perdagangan melalui saluran dalam talian.
Menurut Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Perdagangan, Yang Berhormat Tuan Jurin Laksanawisit, “THAIFEX – Pameran Perdagangan Maya (VTS) 2021 ini disasarkan untuk memberi tumpuan menjadikannya platform online 24 jam bagi pengimport, tempat rakan dagang dan pengusaha antarabangsa bertemu dan berunding.
Sehingga hari ini, sebanyak 1,750 syarikat dari 97 negara telah mendaftar, yang mana masing-masing meningkat 132% dan 25% berbanding tahun sebelumnya. Sejumlah 209 peserta pameran Thailand dari 363 syarikat berdaftar VTS telah mengesahkan penyertaan mereka.
Kami sangat yakin bahawa pengeksport dan pengeluar Thailand dalam industri makanan dan minuman akan dapat menunjukkan inovasi makanan dan minuman mereka untuk memenuhi trend penggunaan baharu, tidak hanya memfokuskan pada rasa atau manfaat kesihatan makanan, tetapi juga sumber mentah bahan, proses pengeluaran, serta keselamatan makanan.
Untuk mendaftar, boleh klik DI SINI. Kalau nak kunjungi pameran perdagangan dan menikmati keseronokan deria rasa dan mendapat lebih banyak maklumat, boleh ke pautan INI. Infografik disertakan untuk lebih pemahaman bagaimana cara untuk korang sertai pameran ini.
Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara