Ramai juga yang menghantar email bertanya tentang perkhidmatan Qurban & Akikah Online yang disediakan oleh Zabeeh Services Sdn Bhd. Ada yang bertanya kesahihan proses yang dilakukan oleh pihak Zabeeh yang berpengalaman selama 7 tahun menguruskan ibadah qurban di luar negara untuk negara-negara Islam yang kurang bernasib baik seperti Indonesia, Filipina, Myanmar, India dan banyak lagi. Ada juga yang tanya “Abang Nara pernah tengok ke diorang nie wat korban kat overseas tue”. Untuk menjawab persoalan anda, baru-baru ini, wakil BeautifulNara telah mengikuti pihak Zabeeh ke Ambon, Indonesia untuk melihat sendiri persiapan ibadah korban yang bakal dilakukan pada hari raya Aidiladha ini.
Kehadiran kami telah disambut meriah dengan paluan kompang oleh wakil penduduk di Ambon, Indonesia. Kami pun sangat terharu, gembira dan teruja dengan sambutan yang diberikan. Terasa macam pengantin pulak sebab ada kompang semua ini. Seronok!!!
Selepas bertanya-tanya khabar, berpelukan dan melahirkan rasa gembira atas pertemuan ini, kami telah pergi melihat lembu-lembu yang sudah pun disediakan untuk dikorbankan kelak.
Lembu di atas telah pun disembelih pada hari tersebut sebagai meraikan kehadiran kami dan juga sebagai tanda berterima kasih atas sambutan para penduduk Ambon. Seronok melihat mereka semua bekerjasama menyembelih dan melapah daging lembu. Boleh dikatakan ini sebagai latihan untuk ibadah korban yang pastinya akan lebih banyak lembu disembelih kelak. Kanak-kanak yang ada pun teruja melihat lembu disembelih buat pertama kali di hadapan mereka.
Sementara orang dewasa menguruskan proses melapah daging, kanak-kanak yang hadir telah berzanji dan melaungkan zikir-zikir untuk menambahkan kemeriahan serta keberkatan majlis. Comel-comel jugak kanak-kanak Ambon ini. Semuanya baik-baik, dengar cakap dan mesra.
Sepanjang berada di Ambon, Indonesia, wakil BeautifulNara memaklumkan proses penyembelihan yang dilakukan adalah amat teratur, kemas dan mengikuti syariat. Insya Allah masa ibadah korban kelak proses yang sama akan dilakukan. Paling penting nanti pembahagian daging-daging korban ketika Hari Raya Aidiladha akan diterima oleh pihak-pihak sepatutnya iaitu penduduk Ambon, Indonesia yang kurang bernasib baik.
Paling terkesan di hati mereka yang terlibat dengan jelajah korban Zabeeh ini ialah kedaifan dan kemiskinan para penduduk Ambon, Indonesia. Bagi mereka daging lembu ini adalah satu kemewahan. Memang jarang untuk mereka dapat menikmatinya. Abang Nara rasa kebanyakan penduduk Islam di negara yang telah disebutkan tadi juga merasai perkara yang sama. Insya Allah marilah kita sama-sama melakukan ibadah korban menerusi Zabeeh Services Sdn Bhd untuk membantu saudara seIslam kita yang kurang bernasib baik di luar negara. Caranya senang sahaja. Boleh pilih salah satu cara di bawah:-
1. Pergi ke laman web www.zabeeh.com.my dan klik pada “Daftar Qurban Onlineâ€.
2. Hantar mesej PM ke Facebook Zabeeh-Qurban & Aqiqah Online dan tulis “Saya Nak Qurbanâ€.
3. Hantar Whatssapp ke 019-323 4577 dan nyatakan “Saya Nak Qurbanâ€.
4. Telefon terus ke 019-323 4577 atau 03-6179 0567
Semoga Allah menerima dan melipatgandakan pahala mereka yang melakukan ibadah korban kali ini. Insya Allah. Sama-sama kita doakan.