“Jejaka Itu Mestilah….” – Bunga Citra Lestari Tak Tolak Jika Berkahwin Lagi, Tapi Ada Syaratnya…

Hiburan

“Jejaka Itu Mestilah….” – Bunga Citra Lestari Tak Tolak Jika Berkahwin Lagi, Tapi Ada Syaratnya…

Pelakon dan juga penyanyi popular Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) berkata, dia tidak menolak jika ditakdirkan untuk bernikah lagi setelah suami kesayangan, Allahyarham Ashraf Sinclair meninggal dunia akibat serangan jantung dua tahun yang lalu.

Kata BCL, jejaka itu perlulah memahami bahawa arwah suaminya akan tetap selamanya bertakhta di hati.

Advertisement

Jelasnya, dia sehingga kini masih belum jelas dengan perasaan dan kemahuan sendiri, kerana bukan mudah buatnya untuk melupakan semua memori lalu.

Justeru, jejaka yang ingin mendekati dan mahu memperisterikan saya perlu sedar dan menerima bahawa Ashraf sentiasa berada dalam hati saya selama-lamanya.

Jika dia sedar hal itu, baru boleh ke fasa seterusnya.

Meskipun begitu, penyanyi lagu Wanita Terbahagia itu berkata dia tidak pernah terdesak untuk mencari teman hidup dan hanya mengikut takdir yang ditetapkan oleh Allah S.W.T.

Sekadar info, BCL telah mendirikan rumah tangga bersama Ashraf Daniel Mohamed Sinclair pada November 2008 dan dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Noah yang kini berusia 12 tahun.

Allahyarham Ashraf menghembuskan nafas terakhirnya di rumah pada 18 Februari 2020 di kediaman mereka yang terletak di Jakarta, Indonesia.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Amerul Affendi
1 year ago

Netizen 'Kantoi' Tonton Drama Di Saluran Haram, Respon Amerul Affendi Ini Memang 'Win'!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak.com

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...