Jejai Tampil Beri Penjelasan, Nafi Fasha Sandha Jadi Punca Penceraian

Hiburan

Jejai Tampil Beri Penjelasan, Nafi Fasha Sandha Jadi Punca Penceraian

Akhirnya tuan punya badan telah tampil untuk memberi penjelasan sekaligus menghilangkan segala persoalan yang bermain di minda orang ramai. Turut sama terhapus ialah pandangan orang ramai terhadap Fasha Sandha yang seringkali dituduh menjadi punca penceraian Jejai dan Nora Danish. Ini adalah penjelasan panjang lebar, jelas dan padat daripada Jejai sendiri. Abang Nara suka membacanya. Semua persoalan terjawab terus.
jejai fashaKalau selama ini Jejai mengambil langkah berdiam diri dan tidak mengulas mengenai perkahwinannya terdulu, langkahnya untuk memberi penjelasan kali ini wajar dipuji. Selama ini bertahun-tahun Fasha Sandha menangung tuduhan, namun setiap orang ada hadnya. Apa yang ditulis oleh para peminat yang menuduh Fasha adalah melampau dan memang patut diperbetulkan. Semoga dengan penerangan Jejai ini, tuduhan-tuduhan sebegini dapat ditamatkan. Kesian Fasha kena tuduh yang bukan-bukan selama ini.

jejai penerangan

Advertisement

P.S: Nak buat logo untuk bisnes/persatuan/entiti anda? LIKE page DesaKreativ untuk design professional dengan harga terendah dipasaran!

Susulan penerangan Jejai ini, beberapa komen menarik daripada peminat telah pun dikongsikan. Abang Nara kongsikan beberapa komen untuk tatapan anda. Nampaknya penerangan Jejai ini sedikit sebanyak telah membuka mata orang ramai. Diharap stigma masyarakat terhadap Fasha akan berubah sepenuhnya selepas ini.

jejai penerangan

Tahniah diucapkan kepada Jejai kerana dengan macho dan gentlemannya tampil ke hadapan membuat penerangan sebegini. Lepas ini sudah-sudahlah dikaitkan nama Fasha dengan perkahwinan terdahulu Jejai. Marilah kita sama-sama doakan agar mereka terus bahagia dan dikurniakan cahaya mata yang ramai

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...