Jejai Nafi Tuduhan Beliau Masih Mengganggu Fasha Sandha, Dakwa Ia Berita Tidak Benar

Hiburan

Jejai Nafi Tuduhan Beliau Masih Mengganggu Fasha Sandha, Dakwa Ia Berita Tidak Benar

Beberapa hari lepas, timbul gosip mengatakan Fasha Sandha ada membuat laporan polis terhadap bekas suaminya, Jejai kerana tidak tahan lagi diganggu oleh beliau dan Jejai juga sering keluar masuk rumahnya tanpa kebenaran.

Advertisement

Bukan itu sahaja, Jejai masih lagi mengawal setiap pergerakkan Fasha dan pernah mengugut rakan Fasha sebelum ini.

Meskipun Fasha hanya diam seribu bahasa dan menyerahkan kes tersebut kepada peguam, Jejai yang tidak mahu orang ramai terus berspekulasi telah tampil menafikan tuduhan berkenaan dirinya itu.

Saya sendiri hairan kenapa cerita seperti itu boleh timbul, sedangkan tidak ada satu pun yang benar mengenainya .

Saya menuntut supaya pihak berkuasa siasat perkara ini untuk tahu kebenarannya. Biar masyarakat tahu sama ada ‘cerita’ itu benar atau sebaliknya.

Jejai pada masa yang sama memberitahu beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang menuduh dan membuat andaian buruk terhadap beliau sejak bercerai dengan Fasha.

Jejai dan Fasha mendirikan rumah tangga pada 27 April 2012 sebelum bercerai pada 20 Januari lalu. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Putra Rayfal, 3, dan Putri Raysha Jemyma, 2.

Sumber Berita : Utusan Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...