Nampaknya tragedi cinta Fasha Sandha ditolak oleh Qabil Ambak tidak berulang bersama Abang Jejai. Cinta Fasha Sandha terhadap Jejai bukanlah sebelah tangan. Ternyata Abang Jejai juga mencintai Fasha Sandha. Semalam di dalam Berita Harian, Abang Jejai telah pun membuat pengakuannya mnerusi SMS. Tahniah kami ucapkan kepada Fasha.
Ya! Memang kami sedang menjalinkan hubungan.
Pendek tapi jitu sungguh kenyataan Abang Jejai. Abang Jejai jugak berharap agak selepas ini tidak akan artikel-artikel yang cuba memporak-perandakan mereka lagi. Mungkin artikel seperti artikel Kak Pora yang dimaksudkan oleh Abang Jejai. Apa-apa pun tahniah kami ucapkan kepada mereka berdua. Sekarang satu Malaya sudah tahu anda berdua bercinta. Semoga tak ada kontroversi lain yang menjelma.
P.S: Sungguh nakal gajah ini.