Jefri Nichol ‘Tayang’ Teman Wanita Baru, Cantik Macam Bekas-Bekas Kekasih Terdahulu

Trending

Jefri Nichol ‘Tayang’ Teman Wanita Baru, Cantik Macam Bekas-Bekas Kekasih Terdahulu

Aktor Indonesia Jefri Nichol bukan sahaja dikenali kerana bakat lakonannya, malah kisah percintaannya turut sering menjadi perhatian warganet dan media.

Terbaharu, Jefri didakwa sedang menjalinkan hubungan dengan Zahwa Massaid selepas memuat naik foto di Instagram Story yang mencetuskan spekulasi dalam kalangan peminat.

Advertisement

Jefri nichol

Sepanjang bergelar anak seni, perjalanan cintanya sering mencuri tumpuan apabila dikaitkan dengan beberapa figura terkenal.

Shenina

Antara yang pernah menjadi perhatian ialah hubungannya bersama aktres Shenina Cinnamon. Mereka dikatakan mula bercinta sekitar 2015 ketika Jefri berada di fasa awal kariernya. Difahamkan, Shenina merupakan cinta pertama Jefri dalam industri hiburan, namun hubungan tersebut berakhir pada 2019. Shenina kemudiannya mendirikan rumah tangga dengan Angga Yunanda pada Februari tahun lalu.

Caitlin

Selepas itu, Jefri turut dikaitkan dengan gandingannya dalam filem Hit & Run, Caitlin North Lewis. Kedua-duanya pernah memuat naik foto mesra dan didakwa bercuti bersama, namun tidak pernah mengesahkan hubungan secara rasmi.

JN

Pada 2021, Jefri secara terbuka mengakui sedang mengenali rapat pelakon dan pempengaruh Maria Theodore. Pasangan itu dilihat serasi, termasuk ketika tampil sedondon di tayangan perdana filem Jakarta vs Everybody. Namun selepas tiga tahun bersama, hubungan mereka berakhir pada 2024.

Nama Ameera Khan turut menjadi antara yang paling hangat diperkatakan. Pasangan berlainan negara itu dikatakan bercinta sebelum berpisah sekitar Oktober 2021. Hubungan mereka kembali bertaut pada Mac 2024 apabila kedua-duanya semakin terbuka berkongsi momen bersama di media sosial. Malah, Jefri pernah berkunjung ke kediaman Ameera dan meluangkan masa bersama keluarganya.

Bagaimanapun, pada November tahun lalu, mereka didakwa membawa haluan masing-masing sekali lagi selepas tidak lagi saling mengikuti akaun Instagram antara satu sama lain.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Aqil Zulkiflee
2026-02-26 16:08:59

Didakwa Perlekeh Isteri Ketika 'Live', Aqil Zulkiflee Kalis Kecaman - "Haters Memang Tunggu Nak Kecam Aku"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...